Kejohanan MAF: Medan Uji Prestasi, Trek

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 1:41 PM

Atlet-atlet olahraga negara beraksi pada Terbuka MAF di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula Isnin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kejohanan Terbuka Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF) menyaksikan sembilan negara termasuk Malaysia berentap di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula Isnin.

Presiden MAF, Datuk Karim Ibrahim berkata, kejohanan kali ke-94 ini dianggap aksi penting sebelum menjelang Sukan SEA Ogos ini.

"Semua atlet olahraga Malaysia yang akan menyertai Sukan SEA nanti turut beraksi di sini. Cuma empat atlet kita (Grace Wong, Jackie Wong, Nauraj Singh dan Iskandar) tidak bersama kerana berada di luar negara.

"Negara yang mengambil bahagian adalah Vietnam, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Laos dan Maldive," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Karim Ibrahim

Menurut Karim, kejohanan pra Sukan SEA ini bukan sahaja medan terakhir atlet mengkaji prestasi masing-masing, sebaliknya bagi mencuba kemudahan di stadium berkenaan.

"Kita akan cuba menggunakan semua peralatan termasuk papan elektronik, permukaan trek, keputusan teknikal dan sebagainya. Jadi jika ada sebarang kekurangan, masih ada 30 hari sebelum temasya bermula.

"Begitu juga dengan atlet-atlet olahraga negara. Selepas kejohanan ini mereka akan dikumpulkan untuk menjalani latihan pusat, dan tempoh akhir memperbaiki prestasi masing-masing," tambahnya.

Dalam pada itu, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bersetuju membenarkan orang awam atau peminat sukan olahraga memasuki stadium melalui pintu depan.

Tags / Kata Kunci: MAF , Datuk Karim

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan