Jurulatih Bangga Pencapaian Latif

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih olahraga paralimpik negara R.Jeganathan memuji Abdul Latif Romly yang berjaya mempertahankan pingat emas acara lompat jauh lelaki T20 (masalah pembelajaran) pada Kejohanan Dunia Olahraga Para 2017 di London, England pada Ahad.

Beliau menyifatkan kejayaan anak jati Perlis itu yang berjaya memperbaharui rekod kejohanan miliknya sendiri adalah satu pencapaian luar biasa kerana atlet berkenaan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali.

"Abdul Latif datang ke sini dalam keadaan yang belum pulih sepenuhnya dan dia sedang bergelut untuk kembali ke prestasi sebenar namun beliau tetap berjaya meraih emas," katanya.

Mengulas lanjut, Jeganathan yang juga pengurus skuad negara ke London berkata barisan jurulatih paralimpik negara berbangga dengan kejayaan dua emas yang diraih atlet negara pada kejohanan kali ini.

"Sekiranya kami mendapat penambahan pingat emas selepas ini, ia adalah satu bonus kepada skuad olahraga negara," katanya.

Abdul Latif menyumbang emas kedua buat negara selepas mencatat lompatan sejauh 7.37 meter, sekali gus memadamkan rekod kejohanan terdahulu, 7.35m yang dicipta beliau pada Kejohanan Dunia 2015 di Doha, Qatar.

Terdahulu, pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Muhamad Ziyad Zolkefli menyumbang pingat emas pertama Malaysia dalam acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) pada Sabtu dengan catatan rekod dunia baharu dengan lontaran sejauh 17.29m. - BERNAMA   

Tags / Kata Kunci: Abdul Latif Romly

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan