Sime Darby LPGA Oktober Ini

Diterbitkan: Jumaat, 14 Julai 2017 9:10 PM

Lydia Ko bakal beraksi di Kuala Lumpur, Oktober ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Edisi kelapan Sime Darby LPGA Malaysia bukan sahaja menjadi pemangkin bagi kemajuan sukan golf dalam kalangan wanita di Malaysia malah sebagai platform penting untuk meningkatkan kesedaran tentang penyelidikan yang dilakukan oleh Cancer Research Malaysia.

Kejohanan itu, yang akan diadakan di Tournament  Players Club Kuala Lumpur (TPCKL) dari 26 hingga 29 Oktober ini, membantu organisasi penyelidikan kanser yang tidak mencari keuntungan itu untuk mengumpul dana sebanyak RM2.5 juta bagi membiayai penyelidikan berkaitan kanser.

Pengerusi Yayasan Sime Darby (SDF) Tun Musa Hitam berkata kejohanan itu akan kembali bagi musim kelapannya sebagai platform untuk membolehkan bakat remaja wanita Malaysia bersaing dalam acara bertaraf dunia dengan memberi pendedahan yang amat diperlukan.

“Saya juga bangga apabila melihat Program Pembangunan Sime Darby LPGA Malaysia disusun semula dengan melibatkan pelbagai penambahbaikan bagi mewujudkan kesan lebih besar terhadap pemain  golf remaja wanita kita,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TPCKL dan pengerusi jawatankuasa kejohanan Sime Darby LPGA Malaysia 2017 Steven Thielke berkata jawatankuasa itu akan berpadu tenaga dengan beberapa rakan baharu untuk memeriahkan lagi kejohanan berkenaan.

“Sejak beberapa tahun lepas, kami melaksanakan usaha bersepadu untuk mewujudkan satu identiti unik bagi Sime Darby LPGA Malaysia agar ia berbeza dripada kejohanan golf lain, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau ini,” katanya.

Thielke berkata jawatankuasa itu akan mereka bentuk semula Courtyard Marquee bagi membolehkan pengunjung melihat secara lebih dekat para pemain di padang permainan, mewujudkan pelbagai pengalaman interaktif serta beberapa tawaran hebat kepada mereka yang gemar membeli-belah dan menyusun semula Kids Zone.

Paling  awal mengesahkan penyertaan mereka pada kejohanan tahun ini ialah bekas pemain nombor satu dunia Lydia Ko dari New Zealand dan Brooke Henderson dari Kanada.

Tags / Kata Kunci: LPGA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan