Ex-Rimau 2017 Fokus Hadapi Ancaman Keganasan

Diterbitkan: Isnin, 10 Julai 2017 5:38 PM

Anggota polis bersiap siaga menghadapi ancaman bom di tempat awam pada Latih Amal Ex Rimau sempena Temasya Sukan SEA 2017 di KLCC pada Isnin. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Latihan bagi menangani ancaman keganasan merupakan fokus utama latih amal Ex-Rimau 2017 yang diadakan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Ke-29 yang akan berlangsung bulan depan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata seramai 423 pegawai dan anggota daripada pelbagai unit polis antaranya Unit Pemusnah Bom (UPB) menyertai latihan selama dua hari bermula Ahad.

Beliau berkata latihan juga akan diadakan di Stesen KL Sentral pada masa dan tarikh yang belum ditetapkan.

"Latih amal ini diadakan untuk memastikan tahap keselamatan serta kesiapsiagaan anggota berada di tahap tertinggi khususnya semasa Sukan SEA diadakan.

"Pelbagai senario berkaitan ancaman terkini di luar negara termasuk keganasan diwujudkan sebagai persiapan awal untuk menangani pelbagai permasalahan yang mungkin timbul," katanya dalam sidang media selepas latihan itu Isnin.

Mazlan turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat atau berita palsu mengenai latihan itu kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

"Ada sesetengah maklumat diambil pada tahun lepas dan diviralkan tahun ini. Mereka perlu merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum sebarkan maklumat berkaitan.

“Selain itu orang ramai juga diminta untuk menyalurkan apa jua maklumat berkaitan ancaman kepada polis dengan segera bagi memudahkan tindakan diambil," katanys.

Latihan meliputi pelbagai elemen polis iaitu Unit Tindakan Khas (UTK), 69 Komando, Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta anggota-anggota tugas am.

Ia dapat menguji keberkesanan perancangan dan tindakan polis dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan serta peranan dan tugas Komander-Komander Briget sebagai ketua Pasukan Tindakan Krisis (CRT).

Sempena persiapan menjelang Sukan SEA mulai 19 hingga 30 Ogos ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan PDRM mengadakan latih amal persiapan sebanyak lima siri termasuk di KLCC. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Ex-Rimau 2017 , ancaman keganasan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan