Khairul Hafiz Mara Ke Separuh Akhir 100m

Diterbitkan: Jumaat, 7 Julai 2017 9:59 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelari pecut dari Melaka, mencatatkan masa 10.28 saat untuk mara ke separuh akhir acara 100 meter Kejohanan Olahraya Asia di Bhubaneswar, India.

Atlet berusia 19 tahun itu mencatatkan masa terpantas antara 36 pelari lain yang mengambil bahagian dalam enam saringan di Stadium Kalinga pada Khamis.

Malah Khairul berjaya mengatasi juara bertahan Femi Seun Ogunode dari Qatar.

Sementara itu, Jonathan Nyepa dari Sarawak turut mara ke separuh akhir apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dalam saringan keenam dengan catatan masa 10.53 saat.

Badrul Hisyam Abdul Manap pula mencatat rekod peribadi terbaik dalam acara 400 meter lelaki.

Atlet berusia 20 tahun dari Melaka itu menamatkan larian dengan catatan masa 47.48 saat di peringkat saringan pada sebelah pagi untuk mara ke pusingan separuh akhir.

Rekod terbaiknya sebelum ini adalah 47.60 saat.

Dalam pada itu, Noor Shahidatun Nadia Mohd Zuki sekadar menamatkan lompatan di tempat ke-10 daripada 13 atlet yang bertanding dalam acara lompat tinggi.

Atlet kelahiran Kedah itu melakukan lompatan hambar 5.84 meter, gagal mengatasi rekod peribadi terbaiknya sebelum ini iaitu 6.24 meter.

Tags / Kata Kunci: Khairul Hafiz Jantan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan