Sokong Atlet Negara Di Sukan SEA - PM

Diterbitkan: Selasa, 4 Julai 2017 10:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh rakyat berdiri teguh memberikan sokongan moral kepada atlet kebangsaan menjelang berlangsungnya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 di sini, bulan depan.

Perdana Menteri berkata atlet negara telah berjaya menyatukan hati dan semangat rakyat Malaysia sama ada kalah ataupun menang.

“Sama-samalah kita berdiri teguh di belakang wira-wira kita ini dengan memberikan sokongan moral agar mereka mendapat suntikan semangat dan kekuatan untuk meraih prestasi yang lebih cemerlang.

“Dengan semangat Malaysia Boleh, insya-Allah, kejayaan yang lebih cemerlang menanti negaraku, Malaysia,” kata Najib menerusi catatan terbaru di laman blog najibrazak.com pada Selasa.

Najib turut melahirkan rasa teruja melihat persediaan dan latihan gigih yang dijalani atlet kebangsaan yang berkongsi semangat dan harapan mereka di laman media sosial mereka.

Dalam pada itu Najib turut berkongsi rasa puas hati beliau terhadap tahap persediaan negara dalam menghadapi dua temasya sukan terbesar di rantau Asia Tenggara ini.

“Dalam lawatan saya ke Bandar Sukan Malaysia, saya yakin bahawa kerja-kerja penambahbaikan terhadap infrastruktur di Kompleks Sukan Bukit Jalil seperti Stadium Nasional, Pusat Akuatik dan Axiata Arena akan membawa kejayaan dalam penganjuran dua temasya sukan kebanggaan ASEAN ini, Insya-Allah,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata kerajaan memperuntukkan sejumlah RM450 juta khusus untuk penganjuran Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 ini yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Oktober tahun lepas.

“Ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam mempromosi dan membangunkan acara kesukanan kerana ia menjadi simbol perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya,” ujar Najib. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan