Vespa LXV150 Dan Wang Tunai Untuk Pemenang Ride For Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 4 Julai 2017 12:35 PM

Ride for Malaysia dianjurkan bagi meningkatkan semangat perpaduan antara rakyat Malaysia.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kemuncak acara Ride for Malaysia yang akan berlangsung pada 30 Julai ini menawarkan hadiah yang lumayan kepada para peserta.

Acara yang akan diadakan di Sunsuria City, Putrajaya South ini dianjurkan bagi meningkatkan semangat perpaduan antara rakyat Malaysia tanpa mengenal perbezaan umur.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Media Star dan Sunsuria Berhad, pada Isnin, acara perlumbaan basikal tersebut menawarkan dua kategori utama.

"Kategori pertama merangkumi jarak sejauh 30 kilometer (km) di persekitaran Sunsuria City dan kategori kedua pula sejauh 5.5km iaitu Family Ride.

"Yuran penyertaan bagi kategori pertama adalah bernilai RM60 bagi peserta yang berumur 16 tahun dan ke atas.

"Manakala kategori Family Ride pula, yuran penyertaan bagi peserta dewasa adalah sebanyak RM40 dan RM25 bagi kanak-kanak berumur 17 tahun dan ke bawah," kata kenyataan itu.

Acara yang akan berlangsung pukul 6.20 pagi itu turut menawarkan sekeping tiket wayang GSC kepada 1,500 peserta pertama yang menyertai kategori Family Ride.

Pemberian tiket tersebut juga terhad kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.

Selain itu, semua peserta juga akan menerima goodies seperti sehelai T-Shirt (Dri-Fit), beg drawstring dan tuala muka.

Senarai nilai hadiah wang tunai bagi kategori pertama adalah seperti berikut:

Hadiah Utama: RM3,800

Hadiah Kedua: RM2,800

Hadiah Ketiga: RM1,800

Hadiah Keempat: RM1,000

Hadiah Kelima: RM500

Hadiah Keenam hingga Ke-10: RM300

Hadiah Ke-11 hingga Ke-15: RM200

Hadiah Ke-16 hingga Ke-30: RM100

Hadiah Ke-31 hingga Ke-50: RM50

Manakala pemenang bagi kategori Family Ride pula akan menerima hadiah istimewa bagi tiga kategori yang dipertandingkan.

Tiga kategori itu adalah pakaian menarik atau Fancy Dress untuk pemenang keseluruhan individu dan kumpulan; Most Sporting Family untuk empat sekeluarga serta Best Looking Duo.

Senarai nilai hadiah dan wang tunai bagi kategori Family Ride adalah seperti berikut:

Hadiah Utama: Vespa LXV150

Hadiah Pertama: RM2,000

Hadia Kedua: RM1,000

Hadiah Ketiga: RM500

Untuk maklumat lanjut serta cara penyertaan bagi Ride For Malaysia, sila ke laman web Ride for Malaysia atau hubungi 03-7967 1388, samb 1046.

Tags / Kata Kunci: Ride for Malaysia

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan