Ann Osman Imbau Kenangan Beraya

Diterbitkan: Selasa, 27 Jun 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setelah berjaya mengharungi pelbagai dugaan sepanjang 30 hari berpuasa, ketibaan Syawal saban tahun pastinya dirai dengan penuh kesyukuran dan meriah.

Sudah menjadi satu tradisi dalam kalangan masyarakat, malam raya digunakan untuk berkemas, mengganti langsir, sarung kusyen, alas meja mahupun karpet.

Tidak lupa juga, bekas-bekas kuih diisi penuh dan kemudiannya disusun di atas meja sebagai persediaan untuk menunggu tetamu tiba pada keesokan harinya.

Bagi atlet gabungan seni mempertahankan diri (MMA), Nur Ain Osman atau lebih dikenali sebagai Ann ‘Athena’ Osman, malam raya disifatkan paling sibuk bagi mereka sekeluarga.

Mengimbau kembali nostalgia hari raya yang dirasainya suatu ketika dahulu, Ann berkata mereka sekeluarga akan duduk di ruang tamu sambil menganyam ketupat palas, menukar sarung kusyen dan langsir.

"Itulah cara saya dibesarkan. Anda akan berjaga sehingga ke tengah malam dan melakukan apa yang sepatutnya kerana mahu rumah nampak kemas dan cantik sebelum tetamu datang beraya.

"Saya amat seronok. Rutin tetap sama iaitu kami akan menunaikan solat raya kemudian bersalam-salaman sebelum menikmati juadah bersama-sama," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Ann berkata itulah tradisi yang mahu 'diturunkan' kepada bakal anak-anaknya nanti.

"Tradisi itu akan dikekalkan selain memastikan semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai di pagi Raya," katanya.

Menurut Ann, kepulangannya ke kediaman ibu bapanya di Kota Kinabalu, Sabah cukup dinanti kerana hanya beliau sahaja yang mahir menganyam ketupat palas.

"Saya akan bantu ibu anyam ketupat kerana adik-beradik saya yang lain tidak tahu cara-cara untuk menganyamnya. Boleh dikatakan ia tugas yang dikhaskan untuk saya," katanya.

Mengenai Aidilfitri kali ini, Ann berkata ia sambutan paling bermakna kerana dapat beraya bersama suaminya Andrey @ Effendi Adriano Abdullah yang juga seorang mualaf.

"Ia raya pertama saya bersama suami. Lagipun dia seorang mualaf dan saya amat gembira melihat dia meraikan Aidilfitri bersama keluarga saya.

"Malah keluarga mertua juga akan beraya di rumah ibu bapa saya. Ia saat yang paling dinanti... seronok dapat lihat keluarga besar kami berkumpul beramai-ramai," katanya.

Menyentuh mengenai baju raya untuk dirinya dan juga suami, Ann berkata mereka tiada warna sedondon sebaliknya memilih baju dengan rona lembut.

"Tiada (warna) tema tetapi baju raya saya berwarna firus. Rona baju kali ini lebih lembut. Malah kami sudah membeli baju raya pada minggu pertama Ramadan kebetulan ada potongan diskaun waktu itu," katanya.

Setiap kali Syawal, Ann berkata hidangan yang menjadi kegemaran beliau adalah ketupat palas, acar nyonya, rendang dan ayam masak merah air tangan ibunya.

"Ya, hidangan ini sentiasa memenuhi pinggan saya di pagi raya. Acar nyonya yang paling saya suka. Ibu akan masak malam sebelum raya dalam jumlah yang banyak.

"Agak bernasib baik jika hidangan itu boleh bertahan sehingga raya ketiga tapi selalunya ia akan habis pada petang raya," katanya.

Menurut Ann, acar nyonya itu berbeza sedikit dengan acar timun kerana rasanya sedikit pedas dan digaul bersama kacang dan juga bawang merah.

"Ia menu yang saya minta untuk disediakan ibu di pagi raya. Cara untuk menghasilkannya agak mudah, hanya perlu gaulkan kesemua bahan dan letakkan di dalam peti sejuk. Semakin lama disejukkan, rasanya lebih enak," kata Ann mengakhiri perbualan.

Tags / Kata Kunci: Ann Osman , Aidilfitri

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan