Malaysia Rangkul Gangsa Acara Memanah - Sukan Ekstra | mStar

Malaysia Rangkul Gangsa Acara Memanah

Diterbitkan: Isnin, 26 Jun 2017 2:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad memanah recurve lelaki negara berjaya merangkul pingat gangsa selepas mengalahkan Mexico 6-2 pada kejohanan Peringkat 3 Piala Dunia 2017 di Pusat Memanah Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat, Ahad.

Pasukan negara di barisi Haziq Kamaruddin, Khairul Anuar Mohamaddan Muhammad Akmal Nor Hasrin memulakan kempen acara berpasukan dengan mengejutkan tuan rumah, Amerika Syarikat 5-4 pada pusingan pertama.

Pada saingan suku akhir, pasukan negaramengalahkan Great Britain 5-4 tetapi gagal meneruskan kemaraan apabila tewas 1-5 kepada Rusia di peringkat separuh akhir.

Menurut lamanweb rasmi Persekutuan Memanah Dunia, worldarchery.org, pasukan Rusia diwakili Vitalii Popov, Arsalan Baldanovdan Artem Makhenko menangi pingat emas selepas mengalahkan pasukan trio dari Taiwan, Deng Yu-cheng, Peng Shih-cheng dan Wei Chun-heng 5-1 pada final.

Bagi acara individu, hanya Muhammad Akmal menamatkan pusingan kelayakan individu di kelompok 10 terbaik selepas mengutip 648 mata untuk menghuni tangga ketujuh.

Lebih 300 peserta dari 40 negara mengambil bahagian pada kejohanan dunia itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: memanah , Piala Dunia 2017

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan