Raya Latif Raya!

Diterbitkan: Isnin, 26 Jun 2017 9:00 AM

LATIF (kanan) bersama atlet paralimpik ketika mengadakan sesi penggambaran Aidilfitri di MSN Bukit Jalil pada 20 Jun 2017. - M. Azhar Arif/The Star

(Ubah saiz teks)

SAYA, Abdul Latif Romly mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri. Maaf Zahir dan Batin, ujarnya kepada mStar Online.

Atlet tinggi lampai yang sememangnya terkenal dengan sikap pemalu namun mudah tersenyum itu mengakui sambutan raya tahun ini amat jauh berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini.

"Selepas Sukan Paralimpik di Rio tahun lalu, rezeki saya semakin murah. Ia sekali gus rezeki untuk keluarga saya sekali. Amat bersyukur", ujar Latif.

Tambah Latif, persiapan raya tahun lancar dan dia menyerahkan kepada keluarganya untuk sambutan tahun ini.

"Saya bagi duit kat mereka. Senang mak boleh beli apa yang dia suka. Itu sahaja yang boleh saya buatkan keluarga gembira di hari raya.

"Dan itu adalah salah satu cara untuk membalas jasa keluarga saya di atas sokongan selama ini.

"Manakala persiapan baju raya saya awal-awal lagi dah beli walaupun agak sibuk menjalani latihan sebelum ini.

"Tempoh cuti hari raya selama lima hari ini saya akan gunakan sebaik-baiknya. Selepas itu, masa bersama keluarga agak terhad kerana banyak kejohanan yang akan saya sertai," jelasnya yang terkenal dengan #TerbangLatifTerbang ini.

Tambah Latif, hari raya tahun ini juga lebih 'special' walaupun tidak ada tema khas dalam keluarganya.

"Kalau keluarga lain ada tema warna untuk hari raya, tetapi keluarga saya bebas nak pakai warna apa.

"Selain itu, saya rasakan tahun ini ramai yang akan datang datang rumah saya untuk beraya. Jadi saya sediakan apa yang patut," katanya tersenyum.

Bagaimanapun Latif  enggan memberitahu jumlah persediaan duit raya kepada keluarga dan tetamunya.

Selain itu, Latif bakal terbang ke London hujung bulan ini bagi menjalani latihan sebelum aksi Kejohanan Olahraga IPC Dunia.


Tags / Kata Kunci: Abdul Latif Romly

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan