Izzati Terkenang Arwah Bapa

Diterbitkan: Isnin, 26 Jun 2017 8:00 AM

Izzati (tengah) semasa kejohanan antarbangsa Bola Keranjang Jemputan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) pada 16 Jun lalu. foto GLENN GUAN/The Star

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kemeriahan Syawal masih lagi terasa sehingga hari ini. Keseronokan berkumpul bersama dengan ahli keluarga tetap dinikmati dan saat itulah yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai.

Bagi mereka yang masih lagi mempunyai ibu bapa, sudah pasti peluang untuk memohon ampun dan maaf di pagi Syawal tidak dilepaskan begitu sahaja. 

Namun pada mereka yang sudah kehilangan orang yang dikasihi, semua itu tinggal kenangan semata-mata.

Bagi kapten skuad bola keranjang wanita, Nur Izzati Yaacob, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih untuk menyambut raya.

Setiap kali Syawal tiba, hati atlet berusia 28 tahun itu pasti terkenangkan arwah bapanya, Yaacob yang telah pergi buat selama-lamanya.

Bapa Izzati meninggal dunia pada 2011 akibat penyakit kanser paru-paru.

Menyifatkan bapanya sebagai insan yang penuh dengan kasih sayang, Izzati tidak menafikan perasaan sayu akan bertandang setiap kali tibanya musim Lebaran.

Gambar kenangan Aidilfitri Izzati bersama keluarga dan arwah bapanya.

Paling diingati apabila setelah bapanya meninggal dunia enam tahun lalu, hatinya terasa kosong setiap kali mahu menyambut Aidilfitri.

"Setelah bapa meninggalkan kami sekeluarga, saya rasa sangat kosong dan jiwa saya terasa ditinggalkan.

"Perasaan sayu dan sedih tiba-tiba datang. Pada waktu itulah segala kenangan bersama arwah akan bermain di fikiran," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Izzati bersyukur kerana berkesempatan meraikan Aidilfitri bersama keluarganya di Melaka kali ini.

"Alhamdulillah, kali ini Izzati boleh beraya dengan keluarga sebab tahun lepas ada komitmen bersama pasukan di China.

"Jurulatih beri saya cuti beberapa hari, kemudian saya akan kembali sertai latihan pusat. Lagipun hanya saya seorang yang bercuti dan rakan-rakan lain teruskan latihan seperti biasa untuk persiapan Sukan SEA," kata anak bongsu daripada tiga beradik ini.

Bercerita mengenai makanan kegemarannya, Izzati berkata sambutan Aidilfitri tidak lengkap tanpa hidangan ketupat, kuah kacang dan rendang ayam.

"Setiap kali raya, tiga menu ini wajib ada. Mak akan masak makanan kegemaran Izzati," katanya.

Menariknya pada Aidilfitri kali ini, Izzati berkata dia tidak perlu membeli baju raya pada saat akhir.

"Baju raya sudah ada... ibu jahit sendiri baju kurung untuk saya. Jadi saya tak perlu risau kerana segalanya sudah tersedia," katanya.

Tags / Kata Kunci: Nur Izzati Yaacob , Aidilfitri

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan