Renang: Sim Cipta Sejarah Raih Emas Di Monaco

Diterbitkan: Ahad, 11 Jun 2017 11:59 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perenang negara, Welsom Sim merangkul emas dalam araca 400 meter gaya bebas  di Jelajah Mare Nostrum, Monaco.

Jaguh renang berusia 20 tahun itu merakamkan masa terpantas 3:49:48s sekaligus menewaskan juara Olimpik Mack Horton dari Australia.

Sim yang mewakili negara ke Rio tahun lalu memadamkan rekod kebangsaannya yang dibuat pada Mac 2016 , 3:50:33s dalam satu kejohanan di Singapura.

Sementara itu, Horton menamatkan aksi di tempat kedua dengan catatan masa 3:50:13s manakala perenang dari China Qiu Ziao di tempat ketiga, 3:51:18s.

Kejayaan tersebut menjadikan Sim atlet Malaysia kedua yang memenangi pingat emas selepas Phee Jinq En meraihnya pada kejohanan sama dalam acara 50 meter kuak dada tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Welson Sim

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan