Larian Obor KL2017 Peringkat Sabah Tutup Tirai

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 8:20 PM

Dua gadis suku kaum Lundayeh Sipitang bersama Obor KL2017 dan Para ASEAN ke-9 sempena Larian Obor KL2017 dari Pekan Sipitang ke Sindumin iaitu sempadan Sarawak di sini petang Khamis. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SIPITANG: Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) peringkat Sabah menutup tirainya pada Khamis apabila Obor Sukan SEA ke-29 itu diserahkan kepada Sarawak bagi meneruskan siri larian tersebut.

Obor tersebut diserahkan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Masiung Banah kepada Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di Pos Kawalan Imigresen Merapok di sempadan Sabah dan Sarawak.

Sebelum itu, obor berkenaan diarak dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangiran Omar di sini ke Sipitang Esplanade dan pelepasannya disempurnakan Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat.

Antara yang menyertai larian obor di Sipitang ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Sindumin Datuk Ahmad Bujang dan beberapa atlet kurang upaya yang pernah mencipta nama di peringkat kebangsaan.

Larian obor itu bermula di Sabah pada 4 Jun lalu apabila Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengetuai lebih 29 peserta larian memulakan pendakian di Timpohon Gate, Taman Kinabalu, kira-kira 8 pagi, untuk membawa obor berkenaan ke puncak Gunung Kinabalu, iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara.

Pasukan larian itu kemudian bermalam di Laban Rata dan kira-kira 1 pagi keesokan harinya (5 Jun), mereka meneruskan misi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu dan ia berjaya direalisasikan.

Setelah turun dari Gunung Kinabalu pada hari sama, Khairy menyerahkan obor itu kepada Masiung untuk diarak mengelilingi Sabah.

Pada pagi hari sama, obor berkenaan diarak mengelilingi pekan Kundasang iaitu sebuah bandar tanah tinggi di Sabah sebelum dibawa ke Keningau, kira-kira 130 kilometer dari Kota Kinabalu, pada petangnya.

Dari Keningau, obor tersebut dibawa ke Tawau melalui Kalabakan yang mengambil masa kira-kira lima jam dan pada keesokannya, ia dibawa ke Sandakan sebelum ke Kota Belud dan tiba di daerah itu menjelang malam.

Pada hari berikutnya, misi mengarak obor berkenaan diteruskan ke daerah Tuaran seterusnya ke Kota Kinabalu di mana perarakan dari Jesselton Point ke Segama Waterfront diketuai Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan Shu Kiah, mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Sepanjang lima hari larian Obor KL2017 di Sabah itu, ia melibatkan kira-kira 5,600 pelari termasuk 400 pemegang obor. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KL2017 , larian obor

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan