Obor KL2017 Tawan Gunung Kinabalu

Diterbitkan: Isnin, 5 Jun 2017 6:31 PM

Khairy bersama kumpulan pendaki berjaya menawan Gunung Kinabalu.

(Ubah saiz teks)

RANAU: Keadaan cuaca dan angin kencang bukan penghalang kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bersama 24 pendaki meneruskan misi menyalakan obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9, di puncak Gunung Kinabalu, awal pagi Isnin.

Semangat juang kental itu terbukti dengan terciptanya sejarah pada 5.53 pagi Isnin apabila Khairy yang mengetuai misi tersebut bersama pendaki lain berjaya menyalakan obor KL2017, sekali gus menawan puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu, yang juga merupakan mercu tanda Sabah.

Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari puncak gunung pada 1.30 petang di Timpohon Gate, Taman Kinabalu di Kundasang, dekat sini, Khairy melahirkan rasa bangga dan gembira dengan pencapaian tersebut.

"Misi menyalakan obor KL2017 di puncak Gunung Kinabalu sangat istimewa kerana Gunung Kinabalu ini tempat paling ikonik. Walaupun angin kencang dan obor perlu dinyalakan banyak kali, saya rasa kami telah memberi satu inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus menyokong atlet negara kita pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN nanti," katanya.

Pada Ahad, Khairy bersama kumpulan pendaki tersebut memulakan pendakian kira-kira 9.45 pagi dan bermalam di Laban Rata, sebelum meneruskan misi membawa obor KL2017 ke puncak Gunung Kinabalu awal pagi Isnin.

Khairy berkata ketika menuruni puncak di kawasan Laban Rata, beliau dan kumpulan pendaki turut berkesempatan mengadakan upacara memperingati tragedi dan mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu yang berlaku dua tahun lepas.

Dalam pada itu, Khairy turut kagum dan memberi pujian terhadap komitmen Taman-Taman Sabah termasuk malim gunung dalam usaha memelihara keindahan khazanah alam semula jadi yang terdapat di Gunung Kinabalu.

Obor KL2017 yang dibawa turun dari puncak Gunung Kinabalu itu diserahkan kepada Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Masiung Banah untuk dibawa menuju ke Pentas Budaya Kundasang.

Masiung kemudian menyerahkan obor itu kepada Anggota Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin serta Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Kundasang Datuk Dr Joachim Gunsalam sebagai simbolik larian obor di daerah Ranau pada Isnin.

Selepas acara penyerahan, obor itu diarak mengelilingi pekan Kundasang yang disertai kira-kira 100 peserta termasuk atlet tempatan dan belia pada 3.30 petang.

Sabah adalah destinasi kelima larian obor itu.

Selain Ranau, larian itu dijadual menjelajahi beberapa daerah utama lain termasuk Keningau, Tawau, Sandakan, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu serta Sipitang yang akan berakhir pada 8 Jun depan, sebelum diserahkan kepada wakil dari Sarawak.

Edisi ke-29 Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos depan, manakala edisi kesembilan Sukan Para ASEAN dijadual dari 17 hingga 23 September. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KL2017

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan