Obor KL2017 Diarak Ke Puncak Gunung Kinabalu

Diterbitkan: Ahad, 4 Jun 2017 3:43 PM

Khairy bersama 24 peserta lain membawa obor merentasi Carson Camp Gunung Kinabalu pada Ahad. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

RANAU:Selepas diarak di Labuan, obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 kini berada di Sabah dan dibawa menuju ke puncak Gunung Kinabalu yang merupakan mercu tanda Negeri di Bawah Bayu itu sebelum larian diteruskan di seluruh negeri pada Isnin.

Obor itu diserahkan oleh Ketua Pemuda Umno Sabah Yamani Hafez Musa kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Timpohon Gate, Taman Kinabalu di Kundasang, dekat sini, iaitu laluan permulaan pendakian ke Gunung Kinabalu, kira-kira jam 9.45 pagi tadi sebelum acara pelepasan dilakukan oleh Ketua Pemuda Umno Ranau Faez Nordin.

Pendakian yang diketuai Khairy itu menyaksikan penyertaan seramai 24 pendaki dan melibatkan laluan sejauh 4,095.2 meter.

Bercakap kepada pemberita sebelum memulakan pendakian, Khairy berkata beliau dan rombongan pendaki terlebih dahulu akan bermalam di Laban Rata sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu pada awal pagi Isnin bagi menyalakan obor.

"Selepas itu, obor tersebut akan dibawa turun dan akan mula dibawa menjelajah ke beberapa daerah di Sabah sebelum ia diserahkan ke Sarawak," katanya.

Khairy berkata pendakian membawa obor KL2017 ke puncak Gunung Kinabalu adalah satu pengalaman mencabar memandangkan ini adalah kali pertama beliau mendaki gunung  itu dan dilakukan ketika bulan puasa.

Disamping itu, katanya, pendakian mereka juga begitu signifikan kerana ia dilakukan pada hari ulang tahun memperingati tragedi dan mangsa gempa bumi Sabah yang berlaku dua tahun lepas.

"Saya difahamkan bahawa ada sebahagian keluarga mangsa turut mendaki Gunung Kinabalu pada hari ini dan esok... mungkin ada ruang untuk saya berjumpa keluarga mangsa di Laban Rata nanti untuk bersama-sama memperingati mangsa gempa bumi yang terkorban," katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, sambutan larian obor setakat ini adalah sangat baik  apabila menyaksikan   penglibatan pelbagai lapisan masyarakat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan  Labuan dan Sabah.

Sabah adalah destinasi kelima bagi larian obor itu dan dijadual menjelajahi beberapa daerah utama iaitu Ranau, Keningau, Tawau, Sandakan, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Sipitang serta melibatkan jarak keseluruhan sejauh lebih 30 kilometer yang akan berakhir pada 8 Jun nanti.

Edisi ke-29 Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos depan, manakala edisi kesembilan Sukan Para Asean dijadual diadakan dari 17 hingga 23 September.

Tags / Kata Kunci: Larian KL2017 , Sukan SEA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan