Shahera Sambut Ramadan, Syawal Di Bumi Korea Selatan

Diterbitkan: Selasa, 30 Mei 2017 12:28 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Biar pun berat hati mahu meninggalkan keluarga di tanah air, namun demi tanggungjawab dan amanah, Shahera Rahim Raja rela berkorba demi mengharumkan nama negara.

Atlet menembak negara itu menyambut kehadiran bulan Ramadan di Korea Selatan sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA (KL 2017) pada Ogos ini.

“Kalau ikutkan agak sedih kerana bulan Ramadan pun tidak dapat bersama keluarga, ditambah lagi dengan Aidilfitri yang tidak sempat disambut bersama-sama.

"Tapi bila difikir semula, demi untuk mencapai keputusan yang cemerlang pada Sukan SEA Kuala Lumpur tahun ini, saya kuatkan diri," jelasnya sebelum berangkat ke Korea Utara baru-baru ini.

Selepas hampir sepuluh tahun tidak menyumbang pingat di Sukan SEA bagi kategori individu buat negara, Shahera berkata, acara 10m Air Riffle itu tetap menjadi keutamaannya untuk menyumbang pingat buat negara kali ini.

"Saya akan berusaha bersungguh-sungguh apatah lagi beraksi di laman sendiri, moga memberi kelebihan buat saya menyinar di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Shahera,32, sudah mengenal pasti saingan utama yang bakal dihadapi oleh skuad menembak pada KL2017 ini antaranya adalah pasukan dari Singapura yang ternyata mempunyai atlet yang berkelas dunia.

"Kalau kita tengok permainan Singapura pada hari ini, kebanyakan atlet mereka sudah berkelas dunia, jadi semua atlet negara perlu meningkatkan prestasi bagi menyaingi mereka," katanya.

Shahera berkata demikian selepas merangkul pingat perak (225 mata) pada Kejohanan Menembak Asia Tenggara ke-41 di Lapang Sasar Subang awal bulan ini.

Manakala atlet Singapura, Adele Tan Qian Xiu merangkul emas dengan catatan 248.8 mata.

Tags / Kata Kunci: Ramadan , Atlet menembak

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan