KBS Sasar 2,000 Peserta Larian Sukan SEA 2017 - Sukan Ekstra | mStar

KBS Sasar 2,000 Peserta Larian Sukan SEA 2017

Diterbitkan: Isnin, 22 Mei 2017 6:19 PM

Khairy Jamaluddin Abu Bakar membuat gimik pelancaran Larian Sukan Sea 2017 di Lobi Sekretariat Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil pada Isnin. Turut hadir Pegawai Eksekutif Sekretariat Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) KL2017 Datuk Seri Zolkples Embong (dua, kanan), Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia Datuk Low Beng Choo (kiri) dan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Kebangsaan, Datuk S.M. Muthu (kanan). Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasar penyertaan 20,000 peserta untuk Larian Sukan SEA 2017 pada hari pembukaan temasya dwitahunan berkenaan di hadapan Kompleks Kehakiman di Presint 3, Putrajaya pada 19 Ogos ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata larian yang bermula pukul 6 pagi dibuka kepada orang ramai dan warga asing yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu 15Km Terbuka dan Larian Santai 5 Km dengan yuran penyertaan RM60 bagi kategori terbuka dan RM50 bagi larian santai.

Beliau memaklumkan sebelum Larian Sukan SEA 2017 bermula, larian marathon sejauh 42.195 km akan dilangsungkan pada 6 pagi di venue yang sama.

"Larian ini sangat penting kerana ini adalah pada hari perasmian di mana pada waktu pagi, kita mengadakan larian manakala pada sebelah malamnya adalah upacara perasmian (di Stadium Nasional Bukit Jalil). Jadi kita mahu orang ramai turun untuk mempromosikan (Sukan SEA) dan ianya selari dengan tema Sukan SEA iaitu Bangkit Bersama," katanya.Khairy berkata demikian pada sidang media mengenai Larian Kuala Lumpur 2017, pada Isnin.

Setiap peserta yang menamatkan larian akan diberikan pingat kenangan Sukan SEA yang direka khas dan sijil penyertaan selain turut menerima kemeja T, beg cenderahati dan insurans kemalangan peribadi sehari.

Pendaftaran untuk Larian Kuala Lumpur 2017 dibuka bermula Isnin dan berakhir pada 30 Jun dan orang ramai yang berminat menyertai larian berkenaan boleh mendapatkan borang penyertaan di pejabat Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Wisma Majlis Olimpik Malaysia, Jalan Hang Jebat di sini.

Sukan SEA dijadual berlangsung dari 19-30 Ogos ini disusuli Sukan Para ASEAN dari 17-23 September.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Larian 2017 , KBS
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan