Larian Obor KL2017 Tiba Di Johor

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 2:17 PM

Setiausaha Anggota Parlimen Pulai, Datuk Abd Rashid Kasman (tengah) menyerahkan Obor Kuala Lumpur 2017 kepada Penolong Pengurus Besar Pemasaran Telekom Malaysia Bhd., Zarina Md Ismail pada pelepasan Larian Obor Sukan Sea ke-29 daerah Johor Bahru-Kulai di perkarangan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat pada Ahad. Bernama

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Para Asean ke-9 pada Ahad memulakan jelajah di Johor.

Larian bermula di Dataran Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat dan berakhir di Universiti Teknologi Malaysia yang menyaksikan penyertaan kira-kira 300 orang peserta dan melibatkan laluan sejauh 15 kilometer.

Acara pelepasan larian disempurnakan oleh Setiausaha Ahli Parlimen Pulai, Datuk Abd Rashid Kasman selaku wakil rasmi Datuk Nur Jazlan Mohamed pada pukul 9 pagi.

Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Johor, Abdul Ghani Abdul Rahman.

Selain Johor Bahru dan Kulai, obor turut dibawa mengelilingi Batu Pahat, Muar dan Tangkak yang melibatkan keseluruhan laluan melebihi 200 kilometer serta seramai 347 pembawa obor.  Seorang pemegangnya merupakan Penolong Pengurus Pemasaran Sukan Telekom Malaysia Bhd, Zarina Md. Ismail.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyempurnakan Majlis dan Pelancaran Gimik Larian Obor KL di Muzium Tokoh di sini sebagai tanda permulaan larian Obor KL2017.

Larian obor dijangka berakhir di Kuala Lumpur pada 19 Ogos depan sekaligus menandakan bermulanya temasya Sukan Sea Kuala Lumpur ke-29. - Bernama

Tags / Kata Kunci: KL2017

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan