Petronas Penaja Platinum Sukan KL2017

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 3:03 PM

Petronas menjadi penaja Platinum Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 dengan nilai tajaan RM15 juta. - Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) disenaraikan sebagai penaja platinum Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang dikenali Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan jumlah penajaan RM15 juta.


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, syarikat minyak dan gas itu akan dikenali sebagai ''Rakan Bahan Api Rasmi'' bagi temasya sukan itu yang mana penajaan Petronas merangkumi wang tunai, barangan, perkhidmatan serta sokongan pemasaran.


Petronas juga akan mengeluarkan Kad Mesra Touch ''n Go dan Petronas Gift Card edisi khas KL2017 yang boleh didapati di stesen Petronas terpilih di seluruh negara mulai Jun ini dan orang ramai juga boleh mendapatkan barangan rasmi KL2017 seperti patung maskot Rimau, bekas minuman, magnet peti sejuk mulai Julai nanti, katanya.


"Minyak Petronas Primax yang dicipta dengan Formula Tenaga Maju (Advanced Energy Formula) akan digunakan pada 300 kenderaan rasmi KL2017," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani penajaan temasya KL2017 antara Petronas dan Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) di sini pada Jumaat.


Ia dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MASOC Datuk Seri Zolkples Embong dan Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Zahariah Abdul Rahman.


Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.


Menurut Khairy, sumbangan Petronas merupakan antara penajaan yang ditunggu-tunggu oleh KL2017 kerana ia adalah simbolik kepada sokongan padu sektor korporat Malaysia yang berdiri teguh bersama kerajaan dalam usaha menganjurkan satu temasya sukan yang hebat dan unik.


"Petronas merupakan satu daripada syarikat contoh yang bukan sahaja mementingkan operasi perniagaannya, malah turut memberi perhatian kepada usaha pendampingan komuniti melalui sukan. Syarikat itu amat dihormati di persada dunia kerana mempunyai reputasi gemilang menjadi penaja pelbagai acara sukan," katanya.


Khairy berkata dengan sumbangan Petronas, penajaan bagi kedua-dua temasya sukan itu sudah mencapai RM71 juta.


Mengulas mengenai perancangan KL2017, Khairy berkata promosi KL2017 serta persiapan venue pertandingan yang berkonsepkan tiga kluster utama bagi memudahkan kehadiran penyokong di pertandingan sukan yang mereka minati, sedang berjalan lancar dan mantap.


Tiga kluster utama itu adalah KL Sports City di Bukit Jalil, Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia di Jalan Duta dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, katanya.


Antara venue pertandingan lain ialah Lapang Sasar Nasional Subang (menembak), Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan (berbasikal), Stadium MABA (bola keranjang), Kompleks Sukan Air Putrajaya (triathlon, ski air dan papan luncur air), Pusat Pelayaran Nasional Langkawi, Kinrara Oval (kriket) dan Taman Rekreasi Pudu (petanque), katanya.


Sukan SEA akan berlangsung mulai 19 hingga 30 Ogos manakala temasya Sukan Para ASEAN dari 17 hingga 23 September ini. - Bernama


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan