Bahasa Bukan Penghalang Nur Izzati Kemudi Skuad Bola Keranjang Wanita

Diterbitkan: Khamis, 4 Mei 2017 7:00 AM

Atlet bola keranjang wanita, Nur Izzati (kiri) dan Pang Hui Pin kelihatan bersemangat pada sidang akhbar Program Kita Juara 2017, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sesetengah individu menganggap faktor bahasa mungkin menjadi penghalang untuk berjinak-jinak dalam sukan bola keranjang, lebih-lebih lagi kerana ia didominasi atlet berbangsa Tionghua.

Namun, bagi kapten skuad bola keranjang wanita, Nur Izzati Yaacob, beliau tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukannya.

Gadis bertubuh kecil molek ini bertuah kerana fasih berbahasa Mandarin memandangkan dia bersekolah di SRJK Cina sejak kecil lagi.

"Tidak sukar untuk menyesuaikan diri kerana saya belajar di sekolah Cina sejak kecil. Saya faham apa yang rakan sepasukan dan jurulatih cakap.

"Lagipun mereka mudah mesra dan sering mengambil berat antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas sidang media Program Kita Juara 2017 di Majlis Sukan Negara (MSN) pada Rabu.

Justeru, Nur Izzati yang sebelum ini terpilih sebagai kapten skuad Sukan SEA 2015 di Singapura berharap lebih ramai kaum lain dapat berjinak-jinak dalam sukan tersebut.

"Saya akui masalah komunikasi mungkin jadi punca sukan ini kurang atlet berbangsa Melayu dan India. Namun saya nak sangat lihat kaum lain menyertai sukan ini pada masa akan datang," katanya.

Selain Nur Izzati, skuad tersebut turut diperkuat pemain berbangsa, India R Kalaimathi.

"Buat masa ini hanya saya dan Kalai mewakili kaum bukan Cina dalam pasukan ini. Amat bagus jika dapat lihat lebih ramai orang Melayu dalam sukan ini," katanya.

Mengulas mengenai sasarannya pada Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini, Nur Izzati memasang impian untuk menambah koleksi pingat emas keduanya pada temasya itu.

"Sudah tentu misi utama adalah untuk memenangi pingat emas di gelanggang sendiri. Itu harapan saya," katanya.

Namun, pemain berusia 28 tahun itu berharap semua pemain dapat mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental ketika beraksi di gelanggang sendiri.

"Ini pertama kali kami beraksi di gelanggang sendiri. Sudah tentu ada tekanannya, cuma kami perlu menangani perasaan gemuruh itu dengan tenang dan mempamerkan aksi lebih baik," katanya.

Untuk rekod, Nur Izzati mencipta sejarah tersendiri dalam arena bola keranjang negara apabila dilantik sebagai kapten berbangsa Melayu pertama skuad wanita pada temasya Sukan SEA 2015 di Singapura.


Tags / Kata Kunci: Nur Izzati , bola keranjang , Sukan SEA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan