Sukan SEA: Gugup 'Hantui' Skuad Bola Keranjang Wanita

Diterbitkan: Rabu, 3 Mei 2017 4:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad bola keranjang wanita negara kini berdepan laluan sukar dalam misi mempertahankan pingat emas negara pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini kerana atlet dilihat masih gagal menangani perasaan gugup ketika beraksi di gelanggang sendiri.

Jurulatihnya, Yoong Sze Yin berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kebanyakan atlet berada dalam keadaan tertekan setiap kali beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Jelasnya, perasaan gugup itu kerana atlet kurang beraksi di gelanggang sendiri.

Justeru, Sze Yin kini memberi tumpuan terhadap kekuatan mental dan juga kecergasan fizikal dalam strategi mempertahankan pingat emas.

"Mereka perlu memperbanyakkan latihan untuk meningkatkan kekuatan mental dan kecergasan fizikal. Apabila ramai kawan dan ahli keluarga datang menyaksikan perlawanan mereka, atlet sangat tertekan. Jadi saya mahu bantu mereka tingkatkan dua aspek itu," katanya.

Menyedari masalah itu, Sze Yin berkata, skuad tersebut turut menjalani kem motivasi di Port Dickson (PD) pada 18 hingga 21 April lalu untuk mengembalikan semangat dan stamina atlet menjelang temasya penting itu.

"MSN ada aturkan kem motivasi untuk pasukan di PD. Sepanjang program empat hari tiga malam itu banyak melibatkan aktiviti dalam laut seperti kayak untuk menguji kekuatan fizikal atlet," katanya.

Walaupun masih ada kelemahan yang perlu diperbaik, Sze Yin tetap berpuas hati dengan taktikal 20 atlet skuad tersebut.

"Soal taktikal dan teknikal okay cuma dua isu utama iaitu kecergasan fizikal dan kekuatan mental yang perlu diperbaiki," katanya.

Ditanya mengenai atlet yang terpilih untuk temasya itu, Sze Yin berkata, senarai akhir hanya akan dimuktamadkan pada Julai ini.

"Hanya 12 atlet yang akan terpilih mewakili negara. Jadi semua atlet perlu membuktikan keupayaan masing-masing dalam tiga kejohanan akhir yang akan datang untuk merebut tempat masing-masing," katanya.

Jelas Sze Yin, pemilihan atlet diambil kira berdasarkan prestasi semasa dalam tiga kejohanan akhir sebelum Sukan SEA membuka tirainya iaitu perlawanan jemputan di Jepun (8 hingga 19 Mei), perlawanan pra Sukan SEA di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba) dari 13 hingga 17 Jun dan perlawanan jemputan di Taiwan (25-30 Jun).

"Kadang-kadang standard pemain semua sama tapi akhirnya saya melihat prestasi semasa pemain. Jadi saya akan pilih pemain berdasarkan prestasi mereka dalam tiga perlawanan akhir ini," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan