Piala Sultan Azlan Shah: India, Great Britain Kutip Tiga Mata Penuh

Diterbitkan: Ahad, 30 April 2017 10:04 PM

Aksi Pemain India Pardeep Mor (kiri) bersama pemain New Zealand Nick Elder yang dirakamkan pada pertemuan New Zealand menentang India pada hari kedua Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2017, Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: India mula memperagakan rentak yang lebih sempurna berbanding perlawanan pembukaan apabila mengalahkan New Zealand 3-0 pada perlawanan pusingan awal Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di sini, Ahad malam.

Selepas seri 2-2 dengan Great Britain semalam, India membuktikan perlawanan kedua ini milik mereka apabila berjaya menguasai keseluruhan permainan, walaupun diasak bertalu-talu oleh pasukan New Zealand pada 15 minit pertama perlawanan.

Namun, India yang nyata mahu membawa pulang tiga mata penuh, membuka jaringan melalui Mandeep Singh pada minit ke-23 untuk mendahului 1-0 pada separuh masa.

Pujian sama harus diberikan kepada anak buah Darren Smith kerana tidak berputus asa untuk menyamakan kedudukan, namun India selaku pasukan di ranking keenam dunia mampu menidakkan semua usaha pasukan ''Black Sticks''.

Dalam separuh masa kedua, India langsung tidak memberi peluang kepada New Zealand untuk menyamakan kedudukan malah terus menjarakkan mata melalui pakar pukulan sudut, Harmanpreet Singh di minit ke-27 dan 47 menerusi dua jaringan, hasil percubaan pukulan sudut penalti.

Kemenangan anak buah Roeltant Oltmans itu membolehkan pasukan India berada di kedudukan selesa setelah mengumpul empat mata dalam dua perlawanan.

Semalam, New Zealand turut merlakarkan keputusan seri 1-1 dengan juara bertahan, Australia.

Selain India, pasukan di tangga ketujuh dunia, Great Britain turut beraksi cemerlang dengan menundukkan Jepun 5-3.

Walaupun perlawanan tersebut ditunda selama sejam berikutan hujan lebat, namun Great Britain tidak menunggu lama untuk menyumbat gol pertama ke gawang Jepun di minit ketiga menerusi pukulan padang oleh Barry Middleton.

Biarpun berkelebihan satu gol, Great Britain terus mengasak gawang pasukan lawan untuk menjarakkan kedudukan sehingga berjaya menambah dua lagi gol menerusi pemain David Goodfield dan Sam Ward masing-masing di minit ke-12 dan ke-15.

Bagaimanapun, pasukan yang dikenali sebagai ''Samurai Blue'' itu enggan mengaku kalah terlalu mudah apabila berjaya mengalahkan penjaga gol Great Britain, Harry Gibson bagi merapatkan kedudukan 3-1 pada minit ke-14 menerusi pemain Kenta Tanaka.

Masuk separuh masa kedua, jaringan Kenta Tanaka dan Kota Watanabe pada minit ke-38 dan ke-49 tidak dapat membantu pasukan Jepun memenangi perlawanan itu setelah Tom Carson dan Alan Forsyth menjaringkan dua lagi gol untuk memberi kemenangan kepada pasukan mereka di minit ke-32 dan ke-52.

Tags / Kata Kunci: Hoki Piala Sultan Azlan Shah

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan