Malaysia, Jepun Sekadar Seri

Diterbitkan: Ahad, 30 April 2017 7:10 AM

Pemain Malaysia mengasak penjaga gol Jepun Takashi Yoshikawa ketika perlawanan Malaysia menentang Jepun pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2017 malam Sabtu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Malaysia gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 menentang Jepun pada aksi pertama Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-26, malam Sabtu.

Skuad negara bertindak cemerlang menceriakan lebih 3,000 penyokong pada awal permainan yang berlangsung di Stadium Sultan Azlan Shah di sini, apabila menyumbat masuk gol pertama melalui pukulan sudut penalti disempurnakan Razie Rahim pada minit kelapan.

Namun, anak buah Stephen Van Huizen gagal mengekalkan rentak cemerlang itu apabila sering melakukan kesilapan mudah sehingga membenarkan pasukan lawan mengancam pintu gol skuad negara.

Jepun yang berada di ranking ke-16 dunia, memanfaatkan kealpaan pasukan negara untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-40 menerusi Shota Yamada, hasil pukulan sudut penalti.

Pada minit-minit akhir permainan, Malaysia menggandakan asakan, bagaimanapun kedudukan 1-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Dalam pada itu, Stephen menjangkakan perlawanan menentang Australia pada Ahad akan lebih sukar memandangkan kesemua perlawanan hari ini (Sabtu) berkesudahan dengan seri.

"Semua pasukan hanya mengutip satu mata dalam perlawanan hari ini. Kita akan melakukan sedaya upaya untuk mendapat tiga mata penuh apabila menentang Australia esok (hari ini)," katanya.

Sementara itu, jurulatih Jepun, Takahino Yamabori berkata beliau agak kecewa dengan keputusan perlawanan malam Sabtu.

"Kita memperoleh banyak peluang menjaringkan gol namun gagal disempurnakan. Bagaimanapun, sebagai pasukan berada di ranking terbawah berbanding pasukan lain di sini, keputusan seri itu sudah memadai," katanya.

Jadual Perlawanan Ahad:

India mln New Zealand - 4.05 petang

Jepun mln Great Britain - 6.05 petang

Australia mln MALAYSIA - 8.35 malam - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan