Norza Lepas Jawatan Pengerusi ISN, Presiden KLBA

Diterbitkan: Sabtu, 29 April 2017 8:04 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Institut Sukan Negara (ISN) serta Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) berkuat kuasa serta merta.

Pengumuman itu dibuat selepas beliau secara rasmi dilantik sebagai presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi penggal 2017-2021 pada mesyuarat agung tahunan ke-72 badan induk itu di Hotel Dorsett, Subang, dekat sini, Sabtu.

Katanya, keputusan meletakkan jawatan dalam ISN dan KLBA adalah sebagai langkah bagi mengotakan janjinya untuk mengurangkan jawatan yang disandang dalam persatuan sukan.

"Seperti kebanyakkan orang berkata bahawa saya terlalu banyak memegang jawatan, jadi saya telah kurangkannya pada hari ini, dan berharap selepas ini saya boleh membahagikan masa dengan sebaiknya.

"Peletakkan jawatan itu juga adalah sebagaimana janji saya untuk memberikan sepenuh tumpuan sebagai presiden BAM yang baharu," katanya pada sidang media selepas mempengerusukan mesyuarat itu.

Katanya, beliau telah memaklumkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai peletakkan jawatannya di ISN.

Sementara itu, Mohamad Norza, yang juga timbalan presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), menyasarkan untuk mempunyai dua wakil dalam setiap acara badminton di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi mencerahkan peluang negara meraih pingat emas pertama pada temasya sukan terbesar itu.

Dalam pada itu, beliau juga bercadang untuk menwujudkan ''mini ISN'' di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara di sini dengan menempatkan pasukan perubatan (medik) khusus untuk memantau kecederaan pemain negara.

"Seperti yang telah saya katakan sebelum ini dalam mesyuarat C and T (kejurulatihan dan latihan), BAM memerlukan pasukan medik ataupun doktor sendiri yang memantau semua pemain negara. Berbanding sebelum ini BAM hanya mempunyai seorang fisioterapi.

"Memang benar sebelum ini akan kita hantar mereka (pemain) ke ISN untuk proses rawatan tetapi siapa yang mengawasi mereka secara rapi dan siapa yang akan mengesahkan bahawa mereka telah bebas dari kecederaan ataupun belum...kita memerlukan pasukan medik yang mengawasi semua pemain kita secara rapi dari awal kecederaan, proses pemulihan hingga sembuh," katanya.

Tags / Kata Kunci: Norza Zakaria

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan