Arwah Bapa Sumber Inspirasi Utama Kejayaan Siti Rahmah

Diterbitkan: Khamis, 27 April 2017 4:44 PM

Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2016, Abdul Latif Romly (kiri) serta Siti Rahmah Mohamad Nasir. Foto: IZZRAFIQ ALIAS / The Star. April 26, 2017

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Olahragawati Kebangsaan 2016, Siti Rahmah Mohamed Nasir menyifatkan sokongan tidak berbelah bahagi daripada keluarganya adalah kunci utama kepada kejayaannya hari ini.

Srikandi silat negara berusia 30 tahun itu berkata, dorongan serta semangat yang diberikan terutama daripada arwah bapanya, Allahyarham Mohamed Nasir Jalil, bekas pemain bola sepak kebangsaan Singapura yang pernah mencipta nama bersama pasukan Terengganu, menyemarakkan semangatnya untuk terus melakar kejayaan demi kejayaan.

“Arwah bapa adalah antara sumber inspirasi utama dalam kejayaan saya hari ini dan hanya saya seorang sahaja daripada enam beradik yang mengikut jejaknya aktif dalam bidang sukan. Semangat yang sering beliau berikan membantu saya untuk terus berlatih dan tidak berputus asa.

“Saya masih ingat ketika saya perlu hadir menjalani latihan di MSN ( Majlis Sukan Negara), Bukit Jalil dan pada waktu itu dia (bapa) sedang sakit, dia tetap suruh saya pergi berlatih,” katanya kepada Bernama selepas tamat majlis Anugerah Sukan Negara 2016, Rabu malam.

Allahyarham Mohamed Nasir yang juga lulusan Universiti Muhammad bin Saud di Riyadh, Arab Saudi, sememangnya dikenali dengan kerajinannya di padang sehingga menerima jolokan ‘Kuda Liar’.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 8 Jun 2011 akibat barah otak.

Peminat bola sepak Pulau Pinang khususnya pasti tidak melupakan bagaimana Allahyarham Mohamed Nasir ‘meragut’ gelaran Piala Malaysia yang sudah hampir pasti menjadi milik mereka pada final 1977.

Allahyarham yang dimasukkan 15 minit sebelum perlawanan tamat berjaya menghasilkan gol bagi menyamakan kedudukan 2-2 sebelum Singapura muncul juara hasil hasil tandukan Quah Kim Song pada waktu tambahan.

Beliau turut berada dalam pasukan Singapura yang muncul juara Piala Malaysia pada 1980 selepas menundukkan Selangor 2-1.Allahyarham kemudian mewakili Terengganu pada 1982 dan dipanggil ‘ustaz’ oleh penyokong negeri itu dan kekal di sana selepas menggantung butnya sebelum mendapat kerakyatan pada 1988.

Pada majlis anugerah berkenaan, Siti Rahmah mengenepikan lima calon lain iaitu ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg, Siti Zalina Ahmad (boling padang), Sin Lin Jane (tenpin boling), Tan Li Lian (bina badan) dan Aaliyah Yoong (ski air).

Anak jati Kuala Terengganu yang merangkul kejuaraan hatrik dalam kategori Puteri Kelas E Kejuaraan Silat Dunia pada tahun 2012, 2015 dan 2016, bagaimanapun tidak menyangka dirinya akan dipilih sebagai pemenang.

Namun, menyifatkan ia sebagai pembakar semangat dalam memburu lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Saya berasa sangat terharu dan berbangga di atas anugerah ini. Saya tidak sangka akan menerimanya kerana saya dicalonkan bersama barisan atlet yang tidak kurang hebatnya.

“Kejayaan bermakna ini sudah semestinya akan menjadi pembakar semangat untuk terus berlatih dan lebih fokus untuk mencapai sasaran mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA di hadapan penyokong sendiri,” katanya.

Sementara itu, Olahragawan Kebangsaan 2016, Abdul Latif Romly yang mencipta sejarah menjadi atlet paralimpik pertama menerima anugerah berkenaan berharap kejayaan beliau itu dapat menjadi inspirasi buat semua atlet kelainan upaya untuk melakar kejayaan. -Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan