McDonald's Taja Sukan SEA, Para Asean

Diterbitkan: Selasa, 25 April 2017 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: McDonald''s Malaysia tampil sebagai penaja kategori perak dengan jumlah tajaan lebih RM1 juta bagi menjayakan Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean (APG) ke-9 yang dikenali Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata tajaan tersebut merangkumi wang tunai dan barangan serta perkhidmatan di beberapa cawangan di Johor, Pulau Pinang dan Putrajaya yang menjadi perhentian acara Larian Obor 2017.

Katanya, penyertaan McDonald''s yang buat pertama kalinya menaja temasya Sukan SEA bukan sahaja dapat memperkukuhkan jenama di rantau Asia Tenggara tetapi juga dapat menyatupadukan rakyat Malaysia sepertimana ia lakukan melalui produk makanan mereka.

"Penajaan hari ini bukanlah sesuatu yang asing bagi McDonald''s lebih-lebih lagi dengan penglibatannya dalam keluarga penaja Sukan Olimpik," katanya pada majlis pengumuman penajaan McDonald''s di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di sini, Selasa.

Sukan SEA akan berlangsung mulai 19 hingga 30 Ogos manakala temasya APG dari 17 hingga 23 September ini.

Menurut Khairy, pengaruh jenama ini juga amat besar dan ia seperti sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup dengan mengambil kira bahawa McDonald''s menerima seramai lebih daripada 13.5 juta pelanggan sebulan di seluruh cawangannya di Malaysia.

Khairy, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengelola Malaysia Sukan SEA 2017 (Masoc), berkata McDonald''s mempunyai signifikan kepada cara kerja berpasukan yang dapat diterapkan kepada rakyat untuk sama-sama menyokong atlet negara dan penganjuran temasya sukan dwitahunan agar penglibatan rakyat berada di satu tahap yang bermakna.

"Penajaan McDonald''s adalah penting dan besar kerana kita akan dapat kebolehlihatan yang besar dan drastik melalui hiasan dan juga promosi di seluruh cawangan seluruh negara.

"Saya difahamkan, trak McCafe juga akan bergerak ke lokasi tumpuan ketika temasya Sukan SEA berlangsung bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan Bangkit Bersama," katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata pihak penganjur amat mengalu-alukan penajaan dalam bentuk tunai yang pada ketika ini mencapai 71 peratus daripada sasaran penajaan RM80 juta.

"Keseluruhan tajaan sudah mencapai 89 peratus daripada sasaran. Dari segi penajaan tunai kita dah capai 71 peratus manakala dari segi perkhidmatan dan barangan sudah capai 99 peratus," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: McDonald's , Sukan SEA , KL2017

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan