Farkhan Terima Anugerah WBC Asia 2016

Diterbitkan: Khamis, 20 April 2017 8:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peninju profesional Malaysia, Muhammad Farkhan Mohd Haron mengharumkan nama negara selepas dinamakan sebagai penerima Anugerah Peninju Contoh Terbaik Konfederasi Tinju Dunia (WBC) Asia 2016.

Atlet kelahiran Johor berusia 29 tahun itu menerima pengiktirafan tersebut atas kejayaannya muncul peninju pertama Malaysia meraih dua gelaran - 'Light Heavyweight WBC Asia dan Silver Cruiserweight WBC Asia'.

Dalam laman Facebook Johor Darul Ta'zim (JDT) ; The Southern Tigers, Muhammad Farkhan dipetik sebagai berkata beliau berterima kasih kepada Penaung Diraja Persatuan Tinju Johor,  Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang memainkan peranan utama sehingga beliau meraih kejayaan tersebut dalam karier profesionalnya.

Muhammad Farkhan akan menerima pengiktiran tersebut semasa Anugerah Tahunan WBC Asia 2016 di Bangkok, Thailand pada 24 Mei ini.

Anak kepada bekas peninju negara, Allahyarham Mohd Haron Ismail, memenangi kejuaraan Light Heavyweight WBC Asia selepas menewaskan peninju Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Kaseba semasa Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor pada awal tahun ini.

Sebelum itu, Muhammad Farkhan meraih kejuaraan Silver Cruiserweight WBC Asia selepas menumpaskan peninju Indonesia, Elly Pangaribuan dengan teknikal 'knock out' di Far East Square, Singapura pada Julai tahun lepas.-Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan