Azizulhasni Terima Dua lagi Pengiktirafan MBOR

Diterbitkan: Khamis, 20 April 2017 6:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang hari ini menerima dua lagi pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) atas kejayaan mencipta sejarah sebagai pelumba pertama Malaysia memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik 2016 dan menjuarai Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2017, masing-masing menerusi acara kegemarannya, Keirin.

Sebelum ini, MBOR pernah mengiktiraf pelumba yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' itu sebagai pelumba pertama negara merangkul pingat perak pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia yang berlangsung di Poland pada 2009.

Pengasas MBOR, Tan Sri Danny Ooi berkata pihaknya memperakui Mohd Azizulhasni kerana mahu kejayaan beliau itu dapat memberi inspirasi kepada pelapis sukan berbasikal negara.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab dan naib presidennya, Datuk Amarjit Singh Gill serta Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) Ariffin Mohd Ghani.

Mohd Azizulhasni dalam ucapannya berkata beliau tidak menyangka diberikan dua lagi pengiktirafan oleh MBOR selepas pengiktirafan kali pertama lapan tahun lepas.

"Saya merasa bangga apabila nama saya dicatatkan dalam Malaysia Book of Records. Ini satu sejarah yang tercipta dan rakyat Malaysia di luar sana dapat melihat catatan sejarah itu dalam buku ini.

"Diharap ia akan menjadi pembakar semangat atau pendorong kepada atlet lain untuk mencapai kejayaan yang sama," katanya.

Beliau berkata kejayaan itu adalah permulaan yang baik ke arah sasaran utamanya meraih pingat emas pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Masih ada ruang untuk saya memperbaiki kelemahan yang ada (sekarang). Saya berharap akan dapat pingat emas pertama untuk Malaysia dan pihak MBOR akan mencatat kejayaan tersebut," katanya secara berseloroh.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Azizulhasni Awang , MBOR

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan