Sukan Olimpik Tokyo Sasaran Azizulhasni

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 9:25 AM

Azizulhasni Awang bersama isteri serta dua anaknya sekembalinya dari Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Selepas berjaya meraih kejuaraan di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong pada Khamis lepas, jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang kini menyasarkan pingat emas di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

"Sememangnya menjadi juara dunia adalah impian saya dan sehingga sekarang macam tidak percaya saya sudah berjaya mendapatkannya.

"Bagaimanapun, menang juara dunia bukanlah masa untuk saya leka...lebih banyak kita capai, kita perlu lebih banyak kerja keras untuk mengekalkannya. Saya jenis orang yang tidak mudah mengalah. Sasaran utama saya kini ialah Sukan Olimpik 2020," katanya pada sidang akhbar sejurus tiba dari Hong Kong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini malam Ahad.

Kepulangan Mohd Azizulhasni bersama-sama jurulatih skuad berbasikal trek, John Beasley dan seorang lagi pelumba negara, Mohd Shah Firdaus Sahrom disambut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr Mohd Khairi Zawi.

Namun, paling mencuri tumpuan ialah apabila pelumba berusia 29 tahun dari Dungun, Terengganu itu disambut isterinya, Athiah Ilyana Abd Samat serta dua anak perempuannya, Amna Maryam, 4, dan Amna Khadeeja berusia setahun.

Mohd Azizulhasni berkata beliau perlu menggandakan usaha selepas bergelar juara dunia memandangkan terdapat lagi tiga kejohanan dunia sebelum berlangsung Sukan Olimpik Tokyo.

"Saya perlu mengorak langkah untuk terus ke atas, tidak boleh turun ke bawah. Saya perlu berusaha lebih keras berbanding sekarang," kata pemenang pingat gangsa acara keirin di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos tahun lepas.

Beliau berkata Beasley sudah pasti akan merencana program latihannya menjelang temasya Olimpik 2020.

"Perancangan latihan adalah bagi menghadapi Sukan Olimpik. Untuk kejohanan dunia atau lain-lain kejohanan juga tidak kurang pentingnya tapi mungkin menjimatkan tenaga bagi digunakan secara optimum untuk Olimpik Tokyo 2020.

"Untuk mempertahankan kejuaraan atau memenangi mana-mana kejohanan terpulang kepada perancangan jurulatih," katanya.

Pelumba berusia 29 tahun itu juga mahu mencipta kejayaan pada Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos depan.

"Saya mahu memberikan persembahan terbaik di laman sendiri. Ini Sukan SEA di Malaysia dan yang pertama buat saya," katanya, sambil menambah beliau belum menentukan acara yang akan disertai pada temasya dwitahunan itu.

Ketika ditanya mengenai Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan, Mohd Azizulhasni berkata beliau berkemungkinan menguji trek velodrom itu esok, atau dalam tempoh semasa beliau berada di Malaysia.

"Semasa di Kejohanan Dunia itu, ramai rakan yang bertanyakan mengenai velodrom baharu di Malaysia. Malahan pasukan Kanada telah menunjukkan minat untuk menggunakan kemudahan Velodrom Nasional sebagai kem latihan mereka. Ini satu penghargaan buat Malaysia," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Azizulhasni Awang , Olimpik Tokyo

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan