Chong Wei, Pandelela Calon Olahragawan, Olahragawati 2016

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 9:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua ikon sukan tersohor negara Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong Pamg sekali lagi tersenarai dalam pencalonan bagi Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2016 yang akan berlangsung pada 26 April ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah berkenan untuk berangkat menjadi tetamu kehormat pada majlis anugerah kali ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali berkata dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2016 hari ini, telah menyenarai pendek masing-masing enam calon untuk Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan.

"Kita telah menerima sebanyak 15 pencalonan untuk kategori Anugerah Olahragawan Kebangsaan manakalan untuk calon Olahragawati Kebangsaan pula kita telah menerima sebanyak 11 pencalonan.Untuk Anugerah Sukan Negara 2016, pihak urusetia anugerah telah sebanyak 70 pencalonan untuk keseluruhan 11 kategori anugerah," katanya ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Isnin.

Selain Chong Wei daripada sukan badminton, calon-calon lain untuk Anugerah Olahragawan Kebangsaan antaranya ialah Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal trek), Mohd Al Jufferi Jamari (silat) dan Mohd Rafiq Ismail (tenpin boling).

Bagi Anugerah Olahragawati Kebangsaan pula antara yang disenarai pendek selain Pandelela Rinong (terjun) ialah Siti Zalina Ahmad (boling padang), Sin Li Jane (tenpin boling) dan Siti Rahmah Mohamed Nasir (silat).

Sementara untuk kategori Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan, tiga atlet yang menyumbangkan pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016, Muhammad Ziyad Zolkefli, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly telah dicalonkan manakala Siti Noor Radiah Ismail dan Siti Noor Iasah Mohd Ariffin dicalonkan untuk Olahragawati Paralimpik Kebangsaan 2016.

Selain empat anugerah utama, terdapat tujuh lagi anugerah dipertandingkan termasuk pasukan kebangsaan lelaki dan wanita, jurulatih lelaki dan wanita kebangsaan, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Khas.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Pandelela Rinong , KBS

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan