Imbuhan Menanti Jijoe

Diterbitkan: Ahad, 16 April 2017 10:02 PM

Azizulhasni bergambar bersama dua anaknya sekembali dari Hong Kong di KLIA malam Ahad. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Kerajaan negeri bersedia memberi imbuhan kepada Azizulhasni Awang yang menjadi juara dunia keirin di Hong Kong baru-baru ini.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Besar Dato Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada majlis makan tengah hari bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Rumah Rehat Daerah Dungun, tengah hari Ahad.

"Kita turut berbangga dengan kejayaan anak kelahiran Dungun Terengganu itu mencatat nama selaku juara dunia buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun penglibatan pelumba yang digelar "Pocket Rocketman" itu dalam sukan lumba basikal trek antarabangsa."

Malah pihak kerajaan negeri juga akan membuat sambutan besar-besaran menyambut kepulangan Azizulhasni pada hari Rabu ini di Kuala Terengganu.

Pada majlis singkat itu Najib turut meluangkan masa bertemu bapa Azizul, Awang Muda Embong, 68, yang turut hadir pada majlis yang sama.

Najib sempat mengucapkan syabas serta tahniah kepada Awang di atas kejayaan anak ketujuh dari sembilan adik beradik itu.Ketika ditemui pemberita Awang berkata beliau amat terkejut dengan pelawaan bertemu dengan Perdana Menteri dan ia menjadi detik bersejarah dalam hidupnya.

"Saya berharap ucapan tahniah yang diberikan Perdana Menteri ini menjadi pembakar semangat kepada anak saya untuk menaikkan nama negara... saya juga terharu... beliau turut meminta pak cik sentiasa mendoakan Azizul untuk terus cemerlang dalam sukan berbasikal dan menaikkan nama negara di mata dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan