Jijoe Kecundang Acara Pecut Individu

Diterbitkan: Jumaat, 14 April 2017 5:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang gagal ke pusingan kedua acara pecut individu lelaki di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong pada Jumaat.

Azizulhasni tewas kepada Hugo Barrette dari Kanada dalam saringan keenam acara itu yang berlangsung di Hong Kong Velodrome Park, menurut laman web kejohanan itu, www.trackworldchamp.hk. 

Terdahulu Azizulhasni, yang menjuarai acara keirin semalam, melepasi pusingan kelayakan selepas mencatat masa 10.057 saat di kedudukan ke-23.

Sebagai rekod, Azizulhasni pernah meraih pingat perak dalam acara pecut di Kejohanan Dunia di Pruszkow, Poland pada 2009.

Beliau mempunyai rekod meraih empat pingat emas acara sama di Kejohanan Asia yang berlangsung di Nara, Jepun pada 2008, Tenggarong (Indonesia) 2009, Astana (Kazakhstan) 2014 dan yang terbaharu di New Delhi, India, Februari lalu.

Azizulhasni terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' buat pertama kalinya meraih pingat emas acara keirin pada Khamis. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Azizulhasni Awang

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan