Sukan SEA: RTM Siar Liputan Langsung Menerusi TV1, TV2

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 2:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan liputan secara langsung Sukan SEA ke-29 menerusi TV1 dan TV2, dari 19 hingga 30 Ogos.

Sukan SEA ke-29 menyaksikan Kuala Lumpur selaku tuan rumah, bakal menerima kunjungan atlet dari 10 negara Asean yang akan bertanding dalam 405 acara daripada 38 jenis sukan.

Menurut kenyataan media pada Rabu, RTM akan bersiaran secara langsung setiaphari. Liputan berkenaan termasuk siaran langsung pembukaan rasmi, diikuti sesi pagi bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari; sesi petang 2 hingga 5 petang, versi bahasa Inggeris 5.30 hingga 7.30 malam dan sesi malam dari 10.30 hingga 12.30 malam.

Sementara itu, radio Nasional FM dilantik sebagai Radio rasmi yang akan menyampaikan liputan menyeluruh sepanjang Sukan SEA berlangsung manakala KL FM,Traxx FM, Minnal FM, Ai FM dan Asyik FM akan turut serta dalam menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini sukan tersebut. 

Enam pengulas Sukan SEA telah dipilih iaitu Azlan Mubin, Izwan Mohd Nor, Rasdi Jumaat, Wan Nazrul Aisham, Nazrie Fahmi dan Jeed Zulkifli.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengumumkan RTM sebagai hos Penyiar Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur pada Selasa

Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA selepas 2001, yang menyaksikan Malaysia muncul juara keseluruhan dengan 111 pingat emas, 75 perak dan 85 gangsa.

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA , RTM , Penyiar Rasmi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan