Jijoe Calon Anggota Suruhanjaya UCI - Sukan Ekstra | mStar

Jijoe Calon Anggota Suruhanjaya UCI

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 1:27 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemenang pingat gangsa Olimpik Rio, Azizulhasni Awang sekali lagi mengharumkan nama negara apabila tersenarai antara lima atlet yang dicalonkan untuk menganggotai Suruhanjaya Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Azizulhasni atau mesra disapa Jijoe akan bersaing dengan pelumba dari Austria, Andreas Muller; Kenny De Ketele (Belgium); Morgan Kneisky (Perancis) dan Maximilian Levy untuk merebut jawatan tersebut.

Bagi kategori wanita pula, empat calon turut disenarai pendek iaitu Laurie Berthon dari Perancis, Kristina Vogel (Jerman), Lee Wai Sze (Hong Kong) dan Natasha Hansen (New Zealand).

Daripada senarai itu, hanya seorang atlet yang akan dipilih masing-masing bagi calon lelaki dan wanita yang telah disenarai pendek untuk membawa suara pelumba berbasikal trek.

Proses pengundian sudah berlangsung pada Selasa dengan membabitkan semua atlet yang mendaftar pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong.

Calon yang dipilih akan diumumkan menerusi laman web UCI pada Ahad ini.

Azizulhasni, 29, ketika dihubungi mStar Online pada Rabu meluahkan rasa bangga dan gembira kerana menjadi atlet berbasikal pertama dari Malaysia disenarai untuk menganggotai Suruhanjaya UCI.

"Ia satu pengiktirafan yang besar bagi saya. Tidak sangka kerana dalam ramai-ramai atlet saya antara yang tersenarai sebagai calon.

"Memang satu kebanggaan kerana dapat bawa nama Malaysia di pentas dunia. Bukan semua atlet dapat peluang sebegini," katanya.

Atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu bagaimanapun enggan meletakkan sasaran terlalu tinggi pada pemilihan yang diadakan setiap tahun itu.

"Saya enggan terlalu yakin boleh menang. Kalau menang itu bonus tapi tersenarai sebagai calon pun sudah memadai bagi saya. Tapi siapa tahu ada yang mengundi untuk atlet dari negara kerdil ini," katanya.

Malah beliau berkata, pengiktirafan itu sekali gus melonjak semangatnya untuk memburu jersi pelangi pada Kejohanan Dunia 2017 di Hong Kong yang membuka tirainya pada Rabu hingga Ahad ini.

"Pencalonan itu merupakan komitmen atau tanggungjawab saya di luar perlumbaan. Namun saya akan cuba lakukan yang terbaik pada kejohanan ini," katanya.

Jersi pelangi dengan warna asas putih serta lima jalur mendatar berwarna hijau, kuning, hitam, merah dan biru di bahagian dada, adalah jersi yang dihadiahkan kepada juara dunia, yang boleh dipakai dalam perlumbaan di sepanjang tahun oleh pemiliknya.

Tags / Kata Kunci: Azizulhasni Awang , Suruhanjaya UCI
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan