Sukan SEA Ditutup Awal Sehari

Diterbitkan: Selasa, 11 April 2017 12:49 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tarikh majlis penutupan rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan diawalkan sehari pada 30 Ogos bagi menghormati ibadah wukuf di Arafah yang jatuh pada 31 Ogos.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Kuala Lumpur 2017 kali keenam yang diadakan di Kementerian Belia dan Sukan di sini Selasa.

Jelas Khairy, keputusan itu diambil selepas mendapat pandangan daripada mufti dan menghormati sensitiviti umat Islam.

"Penukaran tarikh itu tidak menimbulkan masalah besar dan kita juga sudah sedia menganjurkan kejohanan ini," katanya.

Menurut Khairy, dengan penetapan tarikh baharu itu, sambutan majlis penutupan temasya ini pasti lebih meriah kerana ia diadakan pada malam ambang Merdeka pada 30 Ogos.

"Kesemua acara selesai pada 30 Ogos dan pada malam ambang Merdeka nanti kita boleh umum juara keseluruhan," katanya.

Khairy berkata penukaran tarikh baharu itu hanya menjejaskan empat atau lima acara yang sepatutnya dipertandingkan pada 31 Ogos.

"Acara yang terlibat itu akan disusun semula. Malah jawatankuasa teknikal akan merujuk perkara itu dengan beberapa persatuan sukan yang terlibat," katanya.

Tegas Khairy, penukaran tarikh itu juga tidak akan menjejaskan persiapan negara selaku tuan rumah kerana Malaysia mempunyai lebihan satu hari daripada tempoh penganjuran sebenar.

"Tidak timbul masalah besar langsung sebab kita memang ada buffer satu hari yang sengaja kita letak dalam jadual asal. Jadi ia tidak akan menjejaskan pertandingan, lokasi, penginapan dan sebagainya," kata beliau.

Pada masa sama, Khairy berkata perubahan tarikh itu turut mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sejumlah 405 acara membabitkan 38 sukan akan dipertandingkan pada Sukan SEA 2017 yang pada awalnya dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos depan.

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA , Wukuf , Merdeka

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan