Fina 2017: Dhabitah Enggan Letak Sasaran Tinggi

Diterbitkan: Selasa, 11 April 2017 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri enggan meletakkan sasaran terlalu tinggi pada pusingan terakhir Kejohanan Terjun Siri Dunia Fina 2017 yang akan berlangsung di Windsor, Kanada pada 21 hingga 24 April ini.

Jelas Dhabitah, sasarannya adalah untuk memperbaiki rentak terjunan dan mengutip pengalaman pada kejohanan tersebut.

"Saya tak letak sebarang sasaran kerana bimbang ia akan beri tekanan menjelang kejohanan itu.

"Apa yang penting saya mahu kekal fokus dan melakukan terjunan terbaik dan pada masa sama mengumpul pengalaman daripada pertandingan itu," katanya kepada mStar Online.

Menjelang kejohanan yang julung kali disertainya itu, anak bongsu daripada empat beradik ini sedang giat menjalani latihan di Kolam Renang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Cheras.

"Saya berlatih dua kali sehari selama enam hari di Cheras. Buat masa ini, saya agak berpuas hati dengan persediaan bagi kejohanan itu.

"Selain latihan di kolam renang dan gim, saya juga mempersiapkan diri dari segi mental dan perlu kekal positif sepanjang masa kerana emosi mempengaruhi rentak terjunan," katanya.

Pada pusingan terakhir kejohanan tersebut, atlet berusia 18 tahun itu akan menyertai dua acara iaitu 3 meter terjun seirama berpasangan dengan Wendy Ng Yan Yee dan 10m platform individu.

Walaupun mengakui belum ada rezeki untuk memenangi pingat, Dhabitah menyifatkan peluang beraksi pada kejohanan itu sebagai pengalaman yang amat berharga.

"Masih belum ada rezeki untuk saya kerana sedar saingan amat sengit terutama dari China. Namun saya bersyukur kerana berpeluang beraksi di kejohanan ini," katanya.

Pada pusingan ketiga yang berlangsung di Kazan Rusia, 2 April lalu, Dhabitah menduduki tempat kelima dalam acara 10m platform individu, manakala menamatkan cabaran pada kedudukan kelima bagi acara 10m platform seirama wanita bergandingan dengan Pandelela Rinong.

Dalam pada itu, bagi acara 3m papan anjal seirama wanita berpasangan dengan Wendy Ng, Dhabitah menamatkan cabaran di tempat kelima.

Sementara itu,  Dhabitah berkata, kejohanan tersebut juga merupakan medan pemanas badan untuk dirinya menjelang temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur pada Ogos depan.

"Buat masa ini saya akan beri sepenuh tumpuan pada kejohanan di Kanada sebelum mengharungi temasya Sukan SEA yang akan datang. Ia ibarat aksi pemanas badan sebelum penampilan kali ketiga pada temasya dwitahunan itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Nur Dhabitah Sabri , terjun

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan