Garcia Rangkul Trofi Masters Sulung Di Augusta

Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

SERGIO Garcia menamatkan penantian sejak sekian lama selepas 73 kali percubaan apabila melakukan birdie di pusingan playoff pertama untuk menewaskan Justin Rose dan memenangi kejohanan Masters di Augusta, awal pagi Isnin.

Kemenangan itu merupakan kemuncak dalam karier pemain Sepanyol berusia 37 tahun ini.

Malah beliau menganggap kemenangan itu sebagai hadiah hari jadi terbaik untuk idolanya, Seve Ballesteros.

Ballesteros adalah juara dua kali Masters dan juara tiga kali Terbuka British yang meninggal dunia akibat barah otak pada 2011 ketika berusia 54 tahun.

Garcia dan pemain England, Rose yang juga pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016 dan Terbuka AS 2013, melakukan sembilan bawah par 279 selepas 72 lubang dan pemenang ditentukan melalui aksi playoff.

Ketika aksi playoff, pukulan Rose tersasar memasuki kawasan pokok berhampiran fairway manakala Garcia tidak melakukan sebarang kesilapan dan memastikan bolanya kekal di fairway.

Situasi itu menyaksikan Rose melakukan bogey sedangkan Garcia berjaya meletakkan bola pada kedudukan 15 kaki dari lubang dan hanya memerlukan dua pukulan untuk menang.

Garcia dalam keadaan tenang melakukan pukulan birdie sekali gus menjulang trofi pertamanya dalam aksi penentuan penuh emosi.

Tags / Kata Kunci: Sergio Garcia , Masters

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan