Pacquiao-Horn Bakal Berentap

Diterbitkan: Ahad, 9 April 2017 1:38 PM

(Ubah saiz teks)

MANNY Pacquiao akan berdepan petinju Australia, Jeff Horn di Stadium Suncorp, Bisbane dengan kapasiti 52,500 pada 2 Julai ini bagi mempertahankan gelaran WBO welterweight miliknya.

Promoter bagi Horn berkata, bekas guru itu sedang berusaha untuk menentang juara dua 11 kali itu sejak Januari lalu.

Akhirnya pengumuman dibuat pada Ahad berkaitan pertemuan antara Pacquiao dan Horn.

Sebelum ini, Pacquiao dan pasukannya cuba merancang pertemuan dengan wakil Britain, Amir Khan di Timur Tengah bagaimanapun hingga kini belum menjadi kenyataan.

Langkah merangka pertembungan dua petinju dengan bayaran tinggi itu masih dalam perbincangan sejak beberapa bulan lalu.

Pacquiao kini bergelar senator di negara kelahirannya, Filipina.

Berusia 39 tahun, Pacquiao mencatat rekod 59-6-2, manakala Horn pula 16-0-1.

Tags / Kata Kunci: Manny , Horn

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan