Olahraga: Dua Atlet Negara Rangkul Emas Di Korea Selatan

Diterbitkan: Jumaat, 7 April 2017 9:25 PM

Grace berjaya merangkul pingat emas serta merakam rekod baharu kebangsaan pada Kejohanan Olahraga Trek dan Padang Jeollanamdo di Korea Selatan, Jumaat. Foto: MSN Malaysia.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua atlet olahraga negara beraksi cemerlang dengan meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga Trek dan Padang Jeollanamdo di Korea Selatan pada Jumaat.

Grace Wong Xiu Wei juga memecahkan rekod kebangsaan enam tahun yang disandang Tan Song Hwa dalam acara baling tukul besi wanita selepas mencatat balingan sejauh 60.99 meter.

Tan merupakan pemegang rekod kebangsaan dalam acara berkenaan menerusi catatan 58.71 meter yang dilakar dalam kejohanan olahraga di Hungary pada2011.

Dua atlet tuan rumah iaitu Park Seo Jin and Kim Hwi Su terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dan gangsa selepas masing-masing mencatat balingan sejauh 58.15 meter dan 51.06 meter.

Atlet elit kebangsaan Jacky Wong pula membaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri selepas melakar balingan sejauh 64.55 meter dalam acara baling tukul besi lelaki untuk membolehkannya menerima pingat emas. 

Sebelum ini, beliau memegang rekod kebangsaan iaitu 64.50 meter yang diciptapada Kejohanan Olahraga Terbuka Pahang 2016.

Dua atlet tuan rumah, Jang Dong Won dan Yoon Seung-Chan, pula meraih pingat perak dan gangsa dalam acara berkenaan selepas mencatat 63.22 meter dan 57.70 meter.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim yang dihubungi Bernama berbangga dengan pencapaian dua atlet berkenaan, yang dianggapnya sebagai tonik terbaik untuk skuad olahraga negara menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19 hingga 31 Ogos ini.

"Kejayaan mereka membuktikan latihan dan pertandingan diluar negara membuahkan hasil positif dan kita berharap kecemerlangan ini dapat diteruskan pada kejohanan seterusnya,"katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa 500 atlet dari seluruh negaratelah mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut.

Kejohanan dua hari itu, yang bermula 15 April ini, merupakan medan memilih 92 atlet terbaik negara ke Sukan SEA 2017. -Bernama

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan