Atlet Terjun Negara Pulang Tangan Kosong

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 6:23 PM

Ng Yan Yee.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad terjun negara menamatkan kempen Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA di Kazan, Rusia tanpa sebarang pingat.

Dalam acara 3m papan anjal individu wanita pada Ahad, harapan terakhir negara untuk meraih pingat, Ng Yan Yee, tersingkir daripada saingan selepas gagal ke peringkat akhir di Kazan Aquatic Palace.

Penerjun berusia 23 tahun itu berada di tangga kelima dan tempat terakhir separuh akhir B selepas hanya mampu mengumpul 279.15 mata.

Hanya tiga penerjun teratas layak ke pusingan akhir.

Pada Jumaat, pasangan penerjun Nur Dhabitah Sabri/Pandelela Rinong menamatkan saingan di kedudukan keempat untuk acara 10m platform wanita manakala dalam acara 3m papan anjal seirama pasangan Yee/Nur Dhabitah di tangga kelima.

Pada pusingan akhir 10m platform individu wanita malam Sabtu, Nur Dhabitah di tangga kelima dengan 333.75 mata manakala pemenang pingat perak Olimpik Rio, Pandelela di tempat terakhir dengan 325.70 mata. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Terjun Siri Dunia FINA , Ng Yan Yee

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan