Keris Conlay Harap Peningkatan Mutu LRM Dapat Diteruskan

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 2:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara Liga Ragbi Malaysia (LRM) 2017, Keris Conlay berharap kejohanan tahun depan dapat dilangsungkan di gelanggang bersesuaian atau stadium, seiringi usaha menjadikan sukan itu bertaraf profesional.

Pengendali Keris Conlay, Mohd Farid Syazwan Abu Bakar berkata banyak perubahan positif telah dilakukan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) selaku penganjur liga dalam usaha membangunkan ragbi di negara ini.

Namun sebagai sebuah kelab yang beraksi dalam kempen liga berkenaan, beliau berharap perlawanan liga pada musim baharu dapat dilangsungkan di gelanggang yang lebih sesuai.

"Jika kita bandingkan musim ini dengan musim sebelumnya, memang banyak perubahan positif. Antaranya kehadiran penyokong yang lebih ramai dan disediakan tempat duduk untuk mereka.

"Tetapi kami mewakili kelab yang bertanding, berharap pada masa akan datang dapat bermain di tempat yang lebih selesa serta dilengkapi kemudahan seperti di stadium," katanya kepada pemberita selepas aksi final LRM antara Keris Conlay dan Asas RC, Sabtu.

Pada aksi final yang berlangsung di Padang A Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, Keris Conlay menepati ramalan merangkul kejuaraan selepas menewaskan Asas RC 24-17.

Lebih manis, kemenangan itu menyaksikan pemain Keris Conlay, Mohd Fairuz Ab Rahman dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan, sekali gus mengubati kekecewaan mereka pada final musim lalu apabila kecundang di tangan UPM Angels.

Sebagai juara, Keris Conlay membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong.

Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik Mersing Eagles selepas mencatat kemenangan tipis 25-24 ke atas UiTM Lions. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Liga Ragbi Malaysia , Keris Conlay

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan