Memanah: Fatin Nurfatehah Raih Emas Kedua

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 6:14 PM

Fatin Nurfatehah Mat Salleh.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemanah elit kebangsaan, Fatin Nurfatehah Mat Salleh terus mempamerkan aksi cemerlang dengan meraih pingat emas peribadi kedua pada hari terakhir Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Pertama/Terbuka Wira di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Keramat di sini Ahad.

Pada aksi final acara compound individu wanita, Fatin Nurfatehah, 25, yang mewakili Pusat Kecemerlangan Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi (PKS KPT) menerima tentangan sengit daripada pemanah kelab CX-Kings, Lau Jiun Shen sebelum menang tipis 140-139.

Untuk rekod, pemenang tiga pingat emas Sukan SEA Singapura 2015 itu meraih pingat emas pertama dalam acara compound berpasukan campuran bersama Amirul Amin Abd Rahim, Sabtu.

Dalam pada itu, seorang lagi atlet elit kebangsaan, Mohd Juwaidi Mazuki yang juga atlet di bawah Program Kita Juara, mempamerkan panahan cemerlang apabila  meraih emas dalam acara compound individu lelaki menerusi kemenangan 146-143 ke atas rakan sepasukan Muhammad Ghazali Alang Arif Aqil.

Program Kita Juara merupakan program khas diwujudkan oleh MSN untuk atlet negara meraih kejayaan cemerlang pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19 hingga 31 Ogos ini.

Pemanah pelapis kebangsaan, Nur Fatin Adibah Mohd Zambri pula menguasai acara recurve individu wanita selepas menang selesa 6-0 ke atas atlet Terengganu, Nur Aqilah Yusof.

Bekas atlet kebangsaan, Cheng Chu Sian yang mewakili Angkatan Tentera Malaysia, memenangi acara recurve individu lelaki selepas meraih kemenangan bergaya 6-0 ke atas pemanah Selangor, Muhammad Ikram Zaidi.

Sementara itu, trio PKS KPT yang diketuai pemanah kebangsaan Atiq Bazil Bakri, Muhammad Fareez Rosli dan Nazir Omar memenangi acara recurve berpasukan lelaki selepas menundukkan trio Program Kita Juara, Ahmad Afiq Akhiroman/Muhammad Norhairunizam Rosdi/Muhammad Shaifuddin Kamro dengan kemenangan 5-1.

Sementara itu, trio Selangor iaitu Aishah Najihah Mohd Azizul/Nur Adlina Marini Amir Suharman/Nur Syahirah Mohd Zaimi memenangi pingat emas dalam acara recurve berpasukan wanita selepas mengejutkan trio pelapis kebangsaan B, Mimi Raihan Yazid/Supang Yahya/Syaqiera Mashyaikh dengan keputusan 6-2.

Sejumlah 341 pemanah daripada seluruh negara menyertai kejohanan selama empat hari itu yang bermula Khamis lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Fatin Nurfatehah , memanah

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan