Sukan SEA: Enam Pemain Bakal Digugur - Abdul Talib

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 7:30 AM

Abdul Talib Ahmad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad sepak takraw kebangsaan, Abdul Talib Ahmad mengingatkan pemainnya supaya terus menunjukkan prestasi terbaik sepanjang persiapan menjelang Sukan SEA 2017 yang bakal berlangsung Ogos ini.

Abdul Talib berkata, seramai 24 pemain berada dalam skuad latihan Fasa 3 dan jumlah itu akan berkurangan menjelang temasya yang akan berlangsung di Kuala Lumpur nanti.

"Fasa 3 lebih menjurus kepada latihan dan pertandingan bagi meningkatkan prestasi masing-masing.

"Pada April ini kami akan berangkat ke Thailand bagi menjalani perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab di sana.

"Seperti sedia maklum, prestasi pemain-pemain kelab di sana lebih kurang sama dengan skuad utama mereka.

"Jadi pengalaman bermain dengan mereka akan dapat membantu pemain-pemain kita meningkatkan lagi tahap permainan masing-masing," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Abdul Talib memberitahu hanya 18 pemain sahaja akan dikekalkan dalam skuad negara dalam saingan Sukan SEA nanti.

"Enam pemain akan digugurkan berdasarkan peningkatan prestasi masing-masing. Setakat ini pencapaian mereka lebih kurang sama sahaja.

"Jadi saingan merebut 18 tempat terakhir amat sengit. Ia sebenarnya sesuatu yang baik bagi mereka kerana dengan adanya persaingan ini, ia boleh memberi perangsang untuk lebih meningkat," jelasnya.

Selain itu, Program Real Champion merupakan program khas bagi atlet Sukan SEA dalam isu berkaitan doping.

Sebanyak tujuh acara sukan yang terlibat pada program itu termasuk sepak takraw, ping pong, ragbi, tenis, skuasy,angkat berat dan bola tampar.

Tags / Kata Kunci: Abdul Talib Ahmad , Sepak takraw , Sukan SEA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan