Jelajah Thailand: Hariff Tekad Raih Kemenangan - Sukan Ekstra | mStar

Jelajah Thailand: Hariff Tekad Raih Kemenangan

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 3:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pelumba pecut negara Mohd Hariff Salleh tekad untuk meraih kemenangan dengan menaiki beberapa podium dalam siri jelajah Thailand yang bakal membuka tirai perlumbaan, Sabtu ini.

Anak kelahiran Kuala Terengganu itu berkata sasaran yang diletakkan itu bagimenebus kekecewaan selepas gagal menamatkan perlumbaan dalam Le Tour De Langkawi Februari lalu.

Katanya perlumbaan ini juga menjadi pengukur kepada stamina dan momentumnya selepas mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika saingan LTdL lepas.

"Fokus saya sekarang untuk menaiki podium bagi membangkit kembali semangat saya selepas pulih daripada kecederaan dan ini perlumbaan pertama selepas LTdL tempoh hari.

"Setakat ini momentum dan stamina saya berada pada paras terbaik dan saya yakin mampu memberi saingan dengan pelumba lain," katanya kepada Bernama.

Pakar pecut berusia 29 tahun ini berkata antara pasukan yang memberikan cabaran sepanjang enam peringkat perlumbaan itu termasuk pasukan dari Jepun dan Amerika Syarikat.

Menurutnya perlumbaan ini agak mencabar mental dan fizikal selain laluanyang panjang serta agak mencabar dan sokongan rakan sepasukan juga amat ditagih.

Selain Hariff lima lagi pelumba negara yang akan menggalas cabaran Malaysiapada cabaran itu termasuk Nur Amirul Fakhruddin Mazuki. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Mohd hariff Salleh , Jelajah Thailand
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan