Malaysia Raih Emas Ketiga Kejohanan Angkat Berat Terbuka Australia

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 5:15 PM

Mohamad Fazrul Azrie Mohdad menyumbang emas ketiga buat Malaysia ketika menyertai kejohanan Angkat Berat Terbuka Australia pada 18 Mac 2017. - GAMBAR FAIL BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet angkat berat negara, Mohamad Fazrul Azrie Mohdad meraih pingat emas ketiga untuk Malaysia pada Kejohanan Angkat Barat Antarabangsa dan Terbuka Australia 2017 yang berlangsung di Stadium Angkat Berat Eleiko Victorian di Melbourne pada Sabtu.

Atlet berusia 21 tahun di bawah program "Kita Juara" melakukan jumlah angkatan 312 kilogram (kg) dalam kategori 77kg untuk memenangi emas, menurut laman web Persekutuan Angkat Berat Australia website;www.awf.com.au.

"Kami Juara" ialah program khas yang dilancarkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai persediaan untuk agtlet negara mencapai kecemerlangan pada Sukan SEAN 2017 di Kuala Lumpur pada Ogos.

Atlet angkat berat Australia, Francois Etoundi dan atlet angkat berat Kiribati, masing-masing menggondol perak dan gangsa dengan jumlah angkatan  306kg dan 303kg.

Malaysia meraih dua pingat emas pada hari perasmian kejohanan itu pada Jumaat melalui Mohd Azroy Hazal Wafie dalam kategori 56kg dan Mohd Hafifi Mansor dalam kategori 69kg.

Dalam pada itu, Malaysia memperoleh pingat perak melalui Mohd Zaidi Mohd Nordin dalam kategori 62kg.

Kejohanan itu yang berakhir esok menjadi kejohanan kelayakan bagi Sukan Komanwel 2018 yang akan berlangsung di Gold Coast, Australia.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan