Velodrom Nasional Di Nilai Siap April Ini

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mac 2017 2:23 PM

Khairy Jamaluddin berucap merasmikan program KL2017@SEKOLAH sempena mempromosikan temasya Sukan SEA dan Sukan Para Asean 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1),Jumaat. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX di Nilai, Negeri Sembilan akan siap sepenuhnya bulan depan bagi penganjuran temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata venue acara berbasikal itu merupakan yang pertama akan siap sepenuhnya manakala venua lain akan dipersiapkan mengikut jadual.

"Semua persiapan venue berjalan lancar dan tidak menghadapi kelewatan," kata kepada pemberita selepas merasmikan program KL2017@Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Persint 8 (1) Putrajaya, di sini, Jumaat.

Velodrom Nasional Nilai, yang mula dibina pada Januari 2015 dengan kos RM80 juta, dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Dalam pada itu, Khairy berkata program KL2017@Sekolah adalah bertujuan untuk mempromosikan Sukan SEA Kuala Lumpur yang akan berlangsung dari 19 hingga 31 Ogosini dan Sukan Para Asean dari 17 hingga 23 September ini.

Beliau berharap semua pelajar sekolah, guru dan ibu bapa di sekitar KualaLumpur dapat menyemarakkan Sukan SEA dan Sukan Para Asean kali ini dengan memberikan sokongan kepada kontinjen negara untuk muncul juara keseluruhan sukan dwitahunan itu.

Khairy berkata beliau mahu Kuala Lumpur menjadi negara pertama di AsiaTenggara menerapkan elemen hijau dalam kedua-dua temasya sukan tersebut.

"Saya mahu Kuala Lumpur bukan sahaja menganjur Sukan SEA yang terbaik dan muncul sebagai juara keseluruhan tetapi kita menjaga alam sekitar dan menjadikan Sukan SEA yang pertama mengamalkan konsep kehijauan.

"Kita mahu melahirkan generasi yang bukan sahaja mencapai kejayaan dalam pendidikan dan sukan tetapi komited terhadap kelestarian alam sekitar,"katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA , KL , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan