Silat Asia Tenggara: Malaysia Raih Tiga Emas

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mac 2017 2:11 PM

Pasangan pesilat negara, Mohd Taqiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif beraksi di saingan akhir. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: kuad negara beraksi cemerlang pada hari ketiga Kejohanan Silat Asia Tenggara apabila meraih tiga pingat emas dalam kategori Seni - Ganda Lelaki, Tunggal Lelaki dan Ganda Wanita, Jumaat.

Pasangan negara, Mohd Taqiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif menceriakan kem negara selepas mencatat 580 mata keseluruhan untuk meraih emas, mengatasi gandingan Vietnam Vu Quoc Viet/Nguyen Xuan Thanh yang meraih perak dengan 565 mata.

Pingat gangsa kategori Ganda Lelaki itu, dimenangi pasangan Singapura Muhammad Haziq Zainal Abidin dan Nijaid Hasif Zainal Abidin, yang mengumpul 561 mata.

"Ia permulaan yang baik bagi kami menjelang Sukan SEA Ogos depan dan kemenangan ini menaikkan semangat serta motivasi saya.

"Saya percaya, kami boleh melakukan persembahan lebih baik dan akan berusaha keras untuk mencapai matlamat utama memenangi pingat emas pada Sukan SEA," kata Rosli selepas aksi final yang berlangsung di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin,Jumaat. -

Bagi kategori Tunggal Lelaki, Muhammad Afifi Nordin menepati ramalan meraih pingat emas setelah mengumpul 468 mata menewaskan pesilat Singapura Muhammad Iqbal Abdul Rahman untuk pingat perak dengan 452 mata.

Pingat gangsa menjadi milik pesilat Vietnam Vu Tien Dung yang mengutip 437mata. 

"Kemenangan saya hari ini adalah hasil usaha keras saya serta tunjuk ajar jurulatih yang tidak mengenal erti putus asa.

"Semangat kejayaan hari ini akan saya bawa untuk memenangi pingat emas di Sukan SEA nanti," kata pesilat berasal dari Pahang itu.

Pesilat wanita negara turut beraksi cemerlang apabila meraih pingat emasdalam kategori Ganda Wanita, menerusi Nor Hamizah Abu Hasan/Nur SyazreenA.Malik, yang mengumpul 582 mata.

Pingat perak acara itu dirangkul pesilat Vietnam Nguyen Thi Thu Ha/NguyenThu Huyen yang mengumpul 552 mata, manakala gangsa menjadi milik pesilat Singapura Nur Azlyana Ismail/Nurhanishah Syahrudin yang mengutip 550 mata. 

Tujuh negara mengambil bahagian pada Kejohanan Silat Asia Tenggara, iaitu Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Sebanyak 19 kategori termasuk enam acara silat seni dipertandingkan pada kejohanan yang berlangsung selama empat hari bermula 14 Mac lepas.  -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan