Pimpinan Baharu ACC Didakwa Langgar Peraturan Perlembagaan

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pucuk pimpinan Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) yang baharu didakwa melanggar peraturan perlembagaan serta wujud kepincangan pada pentadbirannya selepas pilihan raya ACC 2017 di Manama, Bahrain berakhir awal bulan ini.

Bekas Naib Presiden ACC, Datuk Abu Samah Abd Wahab mendedahkan tindakan pucuk pimpinan badan induk berbasikal tertinggi Asia itu yang melantik lima naib presiden walaupun ia menyalahi Artikel 15 (pelantikan pemegang jawatan) Perlembagaan dan Undang-undang Kecil ACC.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Berbasikal Asean (ACA) berkata Artikel 15 menjelaskan hanya empat naib presiden boleh dilantik di kalangan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif ACC yang menang dalam pilihan raya ACC 2017.

"Dalam hal ini, wakil Malaysia, iaitu Datuk Amarjit Singh layak dilantik Naib Presiden," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Selaku bekas Setiausaha Agung dan Naib Presiden ACC serta terlibat dalam pentadbiran badan induk itu sejak 1996, beliau turut mendesak Presiden Kesatuan Berbasikal Antarabangsa UCI, Brian Cookson agar segera campur tangan demi menegakkan kebenaran.

"Mereka bermula dengan melakukan kesilapan besar. Mereka telah dinasihatkan malangnya memilih untuk langgar peraturan. Apa gunanya ada Perlembangan dan Undang-undang Kecil ACC sekiranya kita tidak mahu mematuhinya.

Menurut Abu Samah, sebagai contoh, mengikut Artikel 16 Perlembagaan dan Undang-undang Kecil ACC, Malaysia dan Myanmar adalah Naib Presiden Kehormat ACC kerana kedua-dua negara tersebut akan menganjurkan Kejohanan Lumba Basikal Asia 2018.

"Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia 2018 di Velodrom Nilai di Bandar Baru Nilai, Seremban manakala Myanmar pula Kejohanan Lumba Basikal Lebuh Raya Asia 2018 di Nay Pyi Taw. 

"Malangnya, pengurusan baharu ACC tidak menjemput wakil Malaysia dan Myanmar untuk memberi taklimat kejohanan pada mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif ACC bagi penggal 2017-2021," katanya.

Beliau berkata perkara itu jelas melanggar Artikel 16 Perlembangan dan Undang-undang Kecil ACC.

"Seharusnya Presiden atau Setiausaha Agung ACC yang baharu harus peka kepada Perlembagaan dan Undang-undang Kecil ACC demi mengelakkan kekeliruan," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Datuk Abu Samah Abd Wahab , ACC

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan