Malaysia Tempah Tiket Final Liga Hoki Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mac 2017 6:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad negara menempah tiket ke  perlawanan akhir selepas membenam Mesir 5-0 dalam perlawanan separuh akhir  Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, Bangladesh pada Sabtu.

Beraksi menentang pasukan ranking ke-20 dunia di Stadium Hoki Moulana  Bhasani, anak buah Stephen van Huizen bermula garang dengan melancarkan  beberapa serangan ke arah kubu Mesir.

Menurut Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dalam laman webnya www.fih.ch , Razie Rahim memecah kebuntuan apabila cemerlang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-15.

Fitri Saari menggandakan jaringan pada minit ke-25 juga menerusi pukulan sudut penalti.

Tengku Ahmad Tajuddin menambah satu lagi gol menerusi jaringan padang di  akhir suku kedua untuk skuad kebangsaan selesa mendahului 3-0 pada masa rehat.\

Bemula suku ketiga, Shahril Saabah dan Aiman Nik Rosemi membuktikan mereka  adalah peledak berbisa negara dengan menjaringkan gol keempat dan kelima pada minit ke-44 dan 49 menerusi jaringan padang.

Menurut FIH, skuad Malaysia akan berdepan pemenang separuh akhir yang menyaksikan pertembungan China dan Oman, untuk aksi final yang dijadualkan berlangsung esok.

Dua pasukan yang beraksi di pentas akhir akan layak ke Pusingan Ketiga Liga Hoki Dunia, yang bakal menjadi medan bagi merebut tempat ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: FIH , hoki

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan