Zaidatul Husniah Wanita Terpantas Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 9 Mac 2017 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli akhirnya meleburkan rekod 24 tahun dalam acara 100 meter wanita pada Kejohanan ASA Speed Series 2 di Bloemfontein, Afrika Selatan, awal Khamis.

Zaidatul Husniah, 24, melakar catatan masa 11.45 saat dengan bantuan angin sebanyak 0.4 saat, sekaligus memadam rekod terdahulu iaitu 11.50 saat dicatat G.Shanti pada Kejohanan Pra-Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993. 

Kejayaan atlet dari Alor Setar, Kedah itu disahkan ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Zainal Abas yang dihubungi Bernama.

Zaidatul Husniah bagaimanapun menamatkan saingan di tempat kedua pada aksi final Kumpulan B di belakang atlet tuan rumah, Tamzin Thomas yang mewakili University of Western Cape (11.44 saat) manakala tempat ketiga diraih seorang lagi atlet tuan rumah, Tsaone Sebele dari University of Johannesburg menerusi catatan masa 11.48 saat.

Seorang lagi atlet kebangsaan, S. Komalam Shally menduduki tempat keempat selepas mencatat masa 11.72 saat.

Terdahulu, Zaidatul Husniah pernah memecahkan rekod kebangsaan dalam acara yang sama dengan catatan masa 11.36 saat pada Kejohanan AGN League 7 di Pretoria, Afrika Selatan, Sabtu lepas namun ia tidak diiktiraf kerana mendapat bantuan angin sebanyak 2.5 saat.

Peraturan Kesatuan Olahraga Dunia (IAAF) mensyaratkan hanya catatan dengan bantuan angin di bawah dua saat dikira sebagai rekod baharu seseorang atlet. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Zaidatul , 100 meter , Afrika

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan